Thursday, January 12, 2017

POKOK DUKUNG ANAK aka AMIN BUAH aka KEMAN JOLOK DAN POKOK DURIAN BELANDA


Pokok dukung anak atau pun dikenali sebagai Pokok Amin Buah sebenarnya antara pokok yang banyak tumbuh di dalam pasu dan kebun saya.  Saya tak tahu khasiatnya atau pun namanya sehingga seorang sahabat bertanya jika saya ada menanam pokok tersebut kerana dia ingin gunakan buat mengubati ulcer.  Balik sahaja ke rumah, terus saya geledah2 dalam pasu, banyak rupanya.  Masuk pulak ke kebun, rupanya ada sepasu tumbuh segar je sekelompok mereka.  Terus sahaja angkut pasu tersebut untuk diberikan kepada sahabat tadi.  Tak perlu dah nak cabut2.

Katanya keseluruhan pokok ini berkhasiat untuk digunakan dalam perubatan tradisional seperti mengubati aneamia dan asma.  Juga mampu merawat luka, kudis buta, demam kuning, cirit birit dan juga gigitan ular.  Walau bagaimanapun, pokok ini tidak berbahaya untuk dimakan dan selamat untuk diamalkan.  Wallahuallam.

Nampaknya lepas ni tak perlu le nak dibuang2 lagi pokok tu dari pasu.  Kita biarkan aje.



Anak pokok durian belanda ni antara beberapa pasu yang tumbuh sendiri dr buah yang jatuh ke tanah di kebun.  Kemudian, saya semai balik ke dalam pasu kecik2 untuk diberikan kepada rakan yang berkehendak.  Alhamdulillah, banyak betul pulak anak pokok yang tumbuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...