~Tomyam Udang Galah~


Tomyam mmg menu kesukaan saya ngan en suami.....kalu makan kat kedai, mmg suka order tomyam.....tp smlm since dalam peti ais ada stok udang galah....besar2 gitu, dalam kepala dah ada perancangan nak buat tomyam.....tak de perencah tomyam kat umah....jadi buat je guna apa yang ada....kurang pedas dan kurang kick le compare ngan kedai sbb buat kali ni tak leh le nak pedas2 sbb anak2 nak makan sekali......lagipun takde pes tomyam.....jadi mana yang rasa menyedapkan tu main letak aje le......tapi habis gak makan, kira ok le tu kan....next time kena buat pes sendiri.....so leh adjust mana nak lebih, mana nak kurang.....


~TOMYAM UDANG GALAH~

1/2 kg udang galah
5-6 keping cendawan - dikoyak2 kecil2
Bunga Kobis secukupnya
1 biji tomato - dipotong2
3 cawan air
1 ulas bawang besar - potong panjang/besar
5-6 hiris lengkuas - ketuk2
1 hiris halia - ketuk2
1 batang serai - diketuk2
7-8 helai daun limau purut
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar gula merah
1 kiub pati ayam
Santan secukupnya
Daun Ketumbar
5 biji limau nipis - diperah dan ambil airnya.
Cili api - jika mahu pedas

Masukkan air ke dalam periuk.  Masukkan lengkuas, halia, bawang besar, serai dan daun limau purut.  Masak hingga mendidih.  Kemudian masukkan cili giling dan pati ayam.  Bila mendidih, masukkan udang tadi.  Kemudian, masukkan gula merah, garam dan gula secukupnya diikuti dengan cendawan, bunga kobis dan tomato.  Masukkan santan (ini bergantung kepada citarasa sendiri) secukupnya bersama dengan daun ketumbar.  Bila telah masak, tutup api dan masukkan perahan air limau nipis tadi, kemasaman bergantung selera masing2. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...