Congo Bars


Congo Bars ( 10 x 10 in)

1/2 cawan butter
2 cawan gula perang
3 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar kismis
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan walnut - cincang kasar
250 gm chocolate chip
Almond Flakes - utk ditabur di atas adunan sebelum dibakar

Putar butter, gula perang, telur, esen vanila, kismis sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum bersma baking powder. Kemudian gaulkan walnut, chocolate chip. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dialas dengan kertas minyak, ratakan dan taburkan almond flakes.

Bakar selama 40-45 minit bergantung oven masing2. Saya guna suhu 150'C sahaja.

Daging Masak Berempah Dengan Kentang

Daging - hiris nipis2

Bahan tumis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halis

Bahan di atas dihiris halus

Bahan rempah
2 sudu besar rempah gulai darat
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar

Campurkan bahan rempah dengan air dan jadikan pes

Bahan sos
1 senduk kicap sos pekat manis
3 sudu besar sos kicap masin
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili

2 biji kentang - hiris ikut suka

Tumis bahan hiris - masukkan daging bersama kentang....masak sebentar kemudian masukkan pes rempah. Kacau hingga sebati dan sedikit kering. Masukkan air sedikit bersama sos dan kacau hingga pekat. Masukkan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Hidangkan.

Pajeri Jantung Pisang


Jantung pisang - belah 4 dan rebus hingga empuk, then perah2 sikit kuarkan air

Bahan tumis
3 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Buah pelaga
Bunga lawang
Kukit kayu manis
Bunga cengkih
Halba

Udang kering - kisar halus, guna 2 sudu besar
Daun kari
Santan secukupnya
3 sudu besar Rempah kari
1 ketul gula melaka
1 sudu kecil Kerisek
Garam

Tumis bahan tumis tadi. Masukkan daun kari. Masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masukkan air bila pecah minyak. Masukkan santan, gula melaka, udang kering kisar, garam dan kerisek. Bila mendidih masukkan jantung pisang tadi. Masak hingga kuah pekat sikit.

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

3 ekor ikan kembung (potong dua)

BAHAN KISAR

1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
1 biji buah tomato - potong
Cili kering 3-4 biji + 1 sudu besar cili giling

Kisar semua bahan di atas hingga lumat.

BAHAN LAIN

Bendi
Buah Tomato (potong 4)
2 batang Bunga Kantan (belah 2)
1 sudu teh pes asam jawa (campurkan dengan air)
Garam dan gula secukupnya

Panaskan periuk.  Masukkan minyak dan tumis bahan kisar.  Tumis hingga pecah minyak.  Kemudian masukkan air secukupnya bersama dengan air asam jawa.  Masukkan bunga kantan dan bendi.  Masukkan ikan bersama garam/gula secukupnya.  Akhir sekali baru masukkan buah tomato.

(Tiada penggunaan daun kesum, kalau ada lebih kick....tp stok takde, so janji tekak suka, resipi apa pun kita boleh olah utk kita makan....)

NASI AYAM



Menu berbuka puasa semalam adalah Nasi Ayam.....actually ni le pestime saya buat sbb biasanya asik beli je....dulu2 malas nak merajinkan diri untuk cuba sendiri.....tp semalam rasa mcm tak nak buat lauk2 mcm2....jadi saya pun cari resipi Nasi Ayam.....nak cari yang rasa cam senang nak buat n tak de le mcm2 bahan......so saya pilih resipi yang ni.....mmg sedap.....tawakkal je le dah le bulan pose nak try sos ngan kicap ntah rasa mcm mana.....sup pun sama gak....tp Alhamdulillah.....saya puas hati, lepas ni saya nak buat sendiri je Nasi Ayam......cuma ayam saya tak buat sekor2 sbb dah beli ayam mmg stok siap dah potong2 dah, jadi buat je guna apa yang ada.....untuk orang yang tak biasa buat, bagi saya tak de yang mustahil untuk buat sendiri.....saya ikut bahan2 dari resipi tersebut cuma sukatan tak sama, bab sukatan saya buat ikut sukatan saya je....



NASI AYAM
Resipi : aziejaya

BAHAN NASI

4 cawan beras basmathi
Lemak Ayam + sedikit minyak masak
2 inci halia + 8 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 helai daun pandan (carik dan ikat simpul)
Sedikit garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya seperti biasa masak nasi

Tumiskan  lemak ayam + minyak masak hingga lemak ayam cair.  Masukkan bahan kisar bersama daun pandan.  Kacau hingga wangi.  Masukkan garam, kunyit dan air secukupnya.  Masukkan beras, kacau dan alihkan ke periuk nasi jika menumis menggunakan dapur gas sebelum itu.  Tanak hingga masak.

BAHAN SUP NASI AYAM

Air dari rebusan ayam
Garam + Serbuk Perasa
Daun Bawang + Daun Sup

Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan ayam dan masak hingga mendidih.

AYAM MADU

7-8 ketulan ayam
1 biji bawang besar
1 inci halia
5-6 ulas bawang putih
Air secukupnya

Kisar halia, bawang putih dan bawang besar.  Sediakan periuk, tumiskan bahan kisar tadi.   Masukkan air secukupnya untuk merebus ayam.  Masukkan ayam dan rebus hingga masak.  Angkat dan toskan.

BAHAN PERAPAN AYAM MADU

Kicap Pekat Manis
Kicap Saus ABC
Gula
Garam
Madu

Sediakan bekas dan masukkan ayam rebusan tadi.  Campurkan semua bahan bersama, gaul2 sebati dan perap selama 2 jam di dalam peti ais.  Kemudian, sediakan minyak secukupnya dan goreng ayam tadi sebentar.  Angkat.

BAHAN SOS CILI

8 batang cili merah - buang bijinya
1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 biji limau nipis - ambil jusnya

Kisar cili merah dengan air masak.  Masukkan halia dan bawang putih dan kisar hingga hancur.  Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.

BAHAN SOS KICAP

Kicap Pekat + Kicap cair secukupnya
Campurkan dengan air perapan ayam tadi
Garam/Gula secukupnya

Masukkan ke dalam pan campuran di atas dan masak hingga mendidih.  Siap untuk dihidangkan.

BAHAN SAYURAN

Tomato
Timun
Kobis (pengganti salad)

DAGING PAPRIK


DAGING PAPRIK

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji cili merah + 1 sudu besar cili giling

Kisar bahan di atas.

Daging - dihiris nipis2
Lobak Merah - dihiris panjang2
Putih Jagung - dibelah sesuka hati
Kacang Panjang - potong panjang2
1 labu bawang besar - dihiris nipis2
Tomato - dibelah 6
1 batang serai - diketuk
4-5 helai daun limau purut

Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Kicap Pekat
Kicap Cair secukupnya

Sedikit garam/gula - jika perlu

Tumiskan bahan kisar.  Masukkan daging dan kacau hingga masak.  Masukkan semua sos (semua main agak2 sahaja).  Masukkan semua sayuran, serai, daun limau purut dan kacau sebati.  Masukkan tomato.  Masukkan garam/gula jika perlu.  Biar hingga pekat.

MASAK ACAR LEMAK JANTUNG PISANG


MASAK ACAR LEMAK JANTUNG PISANG

Sebiji Jantung Pisang - dibelah 4 dan direbus hingga empuk, kemudian perah airnya

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar

(Kisar semua bahan bersama hingga sebati)

1 kotak santan pekat
2 senduk cuka makan
Air secukupnya
Gula Garam secukupnya

Tumiskan bahan kisar hingga wangi.  Masukkan cuka dan kacau sebati.  Masukkan juga air dan tambah santan ikut keperluan.  Masukkan garam dan gula secukupnya.  Masukkan jantung pisang yang telah dicelur tadi dan kacau hingga masak.

AYAM YOGHURT WITH TOMATO SALSA



AYAM YOGHURT

6 ketul kepingan ayam
1 bekas yoghurt perasa asli (kecil)
1 bekas (guna bekas yoghurt) air
Sedikit pewarna merah (pewarna nasi beriani)
Sedikit garam
1 sudu teh garam masala

Campurkan bahan di atas dan perapkan ayam di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.  Panggang di dalam oven dengan suhu 200'c selama 1 jam atau sehingga masak.  Dimakan dengan tomato salsa.



TOMATO SALSA

1 biji tomato - buang isinya
1/2 biji lada benggala merah
1 biji timun jepung
1/2 ulas bawang besar

Semua bahan di atas dipotong dadu.

Campurkan dengan:-

1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada hitam
Perahan 1/2 biji lemon
Garam/Gula secukupnya
Daun Ketumbar

Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

KERABU SARE


Kerabu Sare adalah makanan tradisional berasaskan rumpai laut dari Kelantan.....ini makanan kegemaran saya....kalu kat kampung boleh le main beli je kat pasar....tp sekarang dah hampir setahun tak balik....tu pun nasib baik saya dapat balik sehari untuk pilihanraya aritu....tp pasar kat kampung tu pun dah setahun dah saya tak jejak.....rindunya saya pada kampung halaman hanya tuhan yang tahu....

Rumpai laut ni dijual kering kat pasar2 tapi ada yang dijual siap sekali ngan tumis dan sambal kelapa.....saya mmg buat stok rumpai laut ni, ish...kira dah setahun lebih simpan dalam peti ais.....sbb kering, so tak de expirednya....nak makan kena rendam semalaman dahulu biar sampai dia lembut.....ahh....sedap....hilang kempunan saya.....sapa nak buat kena le pi beli rumpai kering ni dulu.....tak tahu negeri lain ada buat jual ke tak....

KERABU SARE

Rumpai Kering - direndam semalaman atau sehingga lembut....selang seli basuh dan buang keledak dan ganti air baru.....

Tumisan:

2 kotak santan pekat (x perlu campur air)

Bahan Kisar
4-5 helai lada kering (saya tak nak pedas)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

Kisar bahan di atas.

Campurkan bahan kisar ke dalam santan dan masak di atas api perlahan.  Kacau sentiasa.  Masukkan 1 keping asam keping berserta gula dan garam secukupnya  Kacau lagi hingga ia menjadi pekat.

Sambal Kelapa

1 cawan kelapa parut - saya guna kelapa parut putih
Goreng hingga garing dan tumbuk hingga halus.

1 ekor ikan kembung - dibakar dan disiat2 isinya
3 ulas bawang merah
2 batang serai
2 sudu besar gula melaka (saya guna gula merah untuk kuih tu)
1 sudu teh lada hitam (saya gunakan yang separuh hancur)
Garam/Gula

Tumbuk bawang merah, serai, gula melaka, lada hitam dan ikan kembung hingga lumat.  Campurkan dengan kelapa yang telah ditumbuk tadi.  Gaul sebati.

Hidangkan ketiga2 bahan bersama bila hendak dimakan, boleh dicampur bersama budu.

AYAM CRISPY



AYAM CRISPY

5-6 ketul ayam

Tepung Salutan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Telur 2 biji untuk salutan awal

Salut ayam dengan telur terlebih dahulu, kemudian lumurkan ayam dengan tepung hingga menyeluruh.  Goreng dalam minyak terendam hingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...