Akok Berlauk


Akok Berlauk
Source : MokNik

4 biji telur ayam Gred A
1 sudu makan gula castor
50 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
25 gm mentega cair
Inti Serunding Daging P

utar telur, tepung gandum, ovalette dengan gula hingga kembang dan pekat. Kemudian kita kaup balikkan ajer mentega cair hingga serata. Tuang dlm acuan separuh then letak serunding, tutup atasnya ngan adunan lagi. Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C. Tekstur kuih ni ringan cam chiffon cake jer.....

Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus
Sumber : Puan Halimah

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair, tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-

Pukul telor sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu. Tuang kan esen vanila dan akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

Carrot Cheese Cake


Carrot Cheese Cake

Bahan A

125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B

230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C

50 gm parutan lobak merah - perah buang airnya
1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya

Panaskan suhu pada 170'C. Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila. Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong



Egg Tart



EGG TART

Bahan Pastri

125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan, cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan Kastard telur

280 gm susu segar
160 gm gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan. Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

Chocolate Chunk Muffin


CHOCOLATE CHUNK MUFFIN

Bahan A

80 gm mentega
80 gm dark cooking chocolate

Bahan B

275 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/8 sudu teh garam

Bahan C

200 gm gula perang

Bahan D

1 biji telur
80 gm plain yoghurt
120 gm susu segar
2 sudu teh esen vanila

Inti

150 gm dark cooking chocolate - cincang kasar

Utk hiasan

Almond flakes

Panaskan oven ke suhu 180'C. Alaskan bekas muffin dengan acuan kertas. Cairkan bahan A di atas api sederhana atau guna microwave. Angkat. Ayak bahan B. Gaulkan Bahan C. Kemudian dengan menggunakan whiskers, gaul telur, yoghurt, susu dengan vanila hingga sebati. Tuangkan adunan coklat tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam adunan B yg telah bercampur dengan bahan C. Kaup balikkan sahaja. Masukkan coklat yang telah dicincang kasar. Masukkan adunan ke dalam acuan hanya 3/4 penuh sahaja kerana adunan ini akan naik. Bakar selama 20-30 minit bergantung oven. Sejukkan sebentar sebelum dimakan.

p/s makes 12 large muffins

Karipap


KARIPAP

Doh A

350 gm tepung gandum
1 cawan air + sedikit garam

Uli kedua bahagian hingga jadi doh dan tidak melekat di tangan.

Doh B

150 gm tepung gandum
Marjerin - yg ni main agak2 sampai adunan boleh kepal/jadi doh
Sedikit crisco/spry

Uli bahan di atas hingga jadi doh


Ulasan gambar

1. Bahan A yg telah menjadi doh
2. Bahan B yg telah menjadi doh
3. Uli bahagian A hingga jadi seperti dalam gambar
4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A
5. Kepal hingga jadi bulat
6. Uli hingga nipis
7. Potong di tengah
8. Mula menggulung hingga habis
9. Gulung hingga selesai
10. Rupa gulungan
11. Canaikan gulungan tadi hingga jadi memanjang
12. Gulung, golek sebentar dan hiris kecil2 (ikut suka berdasarkan nak saiz besar @ kecil)
13. Canaikan adunan tadi bentuk bulat, Isikan inti dan kelimkan hingga kemas
14, 15, 16 Karipap siap utk dimakan

Orange Chocolate Chip Muffin



Bahan Kering

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan Basah

1/2 cawan @ 80 gm mentega, dicairkan
1/2 cawan gula castor
45g cream cheese, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/4 cawan orange juice (sunquick)
1/2 cawan chocolate chips (salut dengan sedikit tepung gandum)

Cara

Panaskan oven ke suhu 180'C. Ayak bahan2 kering ke dalam bekas besar dan kacau rata. Buatkan lubang ditengahnya. Ketepikan. Cairkan butter, angkat dari api dan masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati. Tuangkan adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau hingga ia jadi berketul2 gitu...jangan terlalu kacau atau muffin akan jadi keras. Taburkan chocolate chips tadi dan gaul sedikit. Masukkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

Simple Sandwich


SIMPLE SANDWICH

Beberapa keping roti sandwich
1 tin kecil sardin (the best mesti cap ayam)
2 ulas bawang merah - dihiris
1 biji tomato - dihiris
1/2 biji lada benggala - option sbb anak2 nak makan, lada benggala x pedas
Sedikit perahan air limau nipis
Sedikit garam
Sedikit daun salad
Sedikit timun batang - dihiris halus

Masakkan sardin, tomato, bawang merah dan lada benggala bersama hingga kering sedikit. Kemudian masukkan garam dan air perahan limau. Sediakan roti, letakkan salad dan hirisan timun dan campuran tadi di atasnya. Letakkan sekeping lagi roti dan siap dimakan.....mudah dan mengenyangkan.....

Cod & Prawn Pie


COD AND PRAWN PIE

Bahan-bahan:

480 g cod fillets
1 helai daun bay
450 ml susu segar
800 g ubi kentang } potong kecil dan rebus hingga empuk, toskan
50 g mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar parsley cincang
150 g udang kecil } buang kulit
Parutan cheddar cheese secukupnya
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Masak cod fillet & udang bersama daun bay & 2 sudu besar susu selama 5-8 minit Setelah masak buang daun bay, dgn menggunakan garpu lorek2kan isi ikan menjadi kepingan (flakes) simpan susu tersbt (masukkan dlm sos nanti) Kentang yg dah empuk dilenyek panas2 bersama 30 g mentega, 2 sudu besar susu dan secubit garam. Panaskan periuk, masukkan lebihan mentega dan tepung, kacau selama 1 minit Tutup api, masukkan saki baki susu Panaskan semula sambil sentiasa kacau sehingga sos pekat.

Masukkan parsley, garam dan serbuk lada hitam, tutup api Masukkan isi ikan dan udang ke dlm sos tersebut (A) Panaskan oven pd suhu 200’C / gas mark 6 Ambil mangkuk/loyang tahan panas (ovenproof dish), ratakan A Kemudian menggunakan piping bag, picitkan kentang lenyek ke atas sos tadi (lihat gambar) Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya Masak dlm oven selama 20-25 minit atau sehingga perang Hidangkan panas-panas

Chocolate Chip Muffin


CHOCOLATE CHIP MUFFIN (with pineapple dice)

115 gm mentega
70 gm gula castor
30 gm gula perang
2 biji telur
215 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 ml susu segar
Sedikit coklat chips
Sedikit pineapple dice kering

Cara Panaskan oven ke suhu 190'c. Ayak tepung dan serbuk penaik sebanyak 2 kali. Putar mentega hingga lembut dan gebu. Masukkan kedua2 gula tadi dan kacau hingga ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balikkan tepung gandum ke dalam adunan butter. Selang selikan dengan susu segar. Tuangkan ke dalam bekas muffin separuh adunan, masukkan chocolate chip dan tutup dengan separuh adunan lagi. Taburkan atasnya dengan pineapple dice tadi. Bakar selama 25 minit dan siap utk dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...