Cotton Cheese Cake

Cotton cheese cake bagi saya mmg kek yg remeh....nampak simple tp silap haribulan kejadiannya mmg x cantik dan mengecewakan....saya pun tidak terkecuali....ada masa rupa muka bumi jadi mcm kawah gunung berapi...ada masa herot petot....sedih tngk....

Tapi orang kata sekali cuba jangan mengalah....cuba lagi dan lagi....pernah buat jadi cantik, pernah gak buat jadi x cantik...tak boleh lari....mmg bukan salah resipi...tp salah teknik dan kurang kesabaran semasa membuat. ...arini cuba lagi dengan teknik lebih straight forward......alhamdulillah rasanya ini lebih mudah dan cepat siap....





Masih kekalkan resipi lama....kali ni buat utk loyang 6 inci je......

Cotton Cheese Cake

125 gm cream cheese
30 gm butter
50 ml susu segar

Panaskan oven terlebih dahulu. Sediakan satu loyang besar berisi air biasa dan masukkan loyang tersebut sementara kita siapkan adunan.

Biarkan cream cheese pada suhu bilik. Kemudian campurkan cheese, susu dan butter dan putar sebati.

3 biji kuning telur
30 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh perahan jus lemon

Campurkan kuning telur dengan adunan cheese. Kemudian masukkan jus lemon bersama tepung dan gaul sebati sahaja. Tapis jika perlu.

3 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
70 gm gula castor

Putar putih telur bersama tartar hingga berbuih kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit hingga jadi meringue. Proses ini bila diterbalikkan ia kekal dlm bekas dan tidak jatuh.

Adunkan adunan putih telur berselang dengan adunan cheese sambil dikaup balik hingga sebati.

Sediakan loyang alas bawah dan tepi (bahagian tepi tinggi dr loyang) dan x perlu digris. Tuang adunan dan bakar selama 1 jam atau hingga betul2 masak. Pastikan keluarkan terus kek dr loyang slps dibakar. Kemudian baru sejukkan.

posted from Bloggeroid

BILIK JAHIT : Tempahan Telekung Jersey


Paksa juga diri menyiapkan telekung tempahan dari Selangor nih....sangat2 bz ngan tempahan kek n kadang2 keletihan, kalau nak tunggu mood susah le gak.  Lepas kemas2 sikit bilik menjahit, terus on je le menjahit.  Masih ada lagi yang tak selesai dijahit lagi, kena tunggu turn sbb saya mmg jahit bila saya free n mood ada je....leh gitu??? huhu.....

Telekung ni saiz M....saiz muka saiz saya lebih kurang.  Tak bape suka bila letak di patung sebab muka patung dagu pendek, tak nampak cantik bila letak di patung.  Tapi saya selesa pakai jadi saya harap customer pun ok aje....

Untuk kali ni tempahan telekung sahaja, bukan sepasang.  Untuk kain jersey cuma RM50 siap jahit tak masuk postage le...tempoh bertenang tempahan dalam 10-14 hari dengan deposit...sbb tu saya tak terima tempahan urgent, saya buat kerja part time sahaja bila saya lapang.


BILIK KEK : Merah Hati



Kek kali ni tempahan dari seseorang untuk tunangnya.  Kek coklat deco ala hati.  Simple sahaja.  Layan je....

Air Rebusan Halia, Serai & Bawang Putih

Lately ni seperti sedap minum air rebusan ni....dan berhajat menjadikan amalan minuman harian.  Stok serai pun banyak di rumah sampai tak terguna jadi apa salahnya gunakan sahaja apa yang ada secara semulajadi.  Saya pun tak makan ubat2 nak kurus ke nak gemuk ke, jadi saya pilih yang tidak melibatkan ubat2an.  Yang ini nak buat pun mudah sahaja.  Khasiatnya pun banyak untuk diamalkan tanpa berlebihan.  Next time saya nak tambah ubi cekur pula.  Masa buat yang ni sayang pulak nak korek2 ubi cekur sbb tengok pokok pun masih kecil saja lagi.

Air Rebusan Halia, Serai & Bawang Putih

6 batang serai - diketuk2
Halia - sebesar ruas ibu jari, belah 2 sahaja
2 ulas bawang putih
2 sudu makan gula perang
Air secukupnya (anggaran sahaja)

Rebus semua bahan di atas hingga air tinggal separuh.  Minum panas2 dan boleh juga disimpan lebihan di dalam peti ais untuk diminum di hari lain.




Khasiat Bawang Putih

*Sebagai nyahtoksin logam berat di dalam badan
*Mengawal tekanan darah
*Membantu kesihatan tulang
*Mengawal berat badan
*Rawat hipertensi
*Rawat sakit jantung
*Gout, Sesak Nafas, Batuk

Khasiat Serai

*Detoksifikasi
*Menurunkan tekanan darah
*Sebagai diuretik
*Melegakan senggugut

Khasiat Halia

*Membuang angin dalam usus besar/kecil
*Membantu memanaskan badan


Sebenarnya ada banyak khasiat yang tidak le saya ketahui sangat, sekadar merujuk kepada apa kelebihan tumbuhan di atas.  Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan mungkin perlu terlebih dahulu merujuk pakar kerana sesetengah kita tidak mempunyai ketahanan tubuh yang sama.  Berkesan bagi sesetengah orang, mungkin tidak bagi orang lain.  Untuk saya, apa-apa sahaja jangan le berlebihan digunakan.  Saya amalkan minum setiap hari untuk masalah angin dalam badan dan memudahkan pembuangan setiap pagi.  Alhamdulillah terasa kelegaan dan ringan sedikit tubuh badan.  Maklum le dah tua2 ni macam2 sakit terasa jadi saya memilih untuk sesuatu yang amali dan mudah didapati.


BILIK KEK : Kek lagi....


Minggu ni sedikit busy....kebun pun tak sempat nak dijenguk dan disapu daun2 yang gugur.  Jerebu pun dah hilang sepenuhnya.  Terperasan ada pulak cik siput memanjat pokok ubi kayu...tp tak sempat nak meninjau sekeliling.....takut pulak nanti ada pula yang terkam sayur2an yang ada.  Sebelum ni dah tabur Siputox tp oleh sebab kerap sangat hujan, mungkin dah tak berapa berkesan.  Gigih juga siput2 tu memanjat pagar dawai yang saya buat keliling kebun, ada yang berjaya menyelinap masuk melalui celah2 lubang dawai tu.....yang tak berjaya ramai jugak berkumpul di luar pagar.  Kalau sempat saya ngan si kecik akan berperang dengan garam2 tabur dan mencari siput2 di sekeliling.

Oh ya...pokok2 Abiu, pokok Markisa, pokok Jambu Bol sudah sampai.  Saya lambat tanam jambu bol, nak letak dalam pasu tapi tengok2 dahannya sangat panjang, jadi tak ada pasu yang sesuai.  Jadi saya tanam di atas tanah.  Pagi tadi bila tengok sumer daun mcm kering kelayuan.  Saya harap boleh survive tp tak tahu le.  Kalau ini tak jadi nampak gaya saya kena usaha cari di nurseri dan beli terus dari dalam polibag.  Teknik2 pos dengan tanah sedikit ni nampaknya tak berapa bersesuaian dengan saya.  Seperti pokok kemunting yang ke 3 dah semakin mati, saya beli lagi yang ke 4 ingatkan datang dalam polybag, pun datang dengan sedikit tanam dibalut kertas sahaja.  Cuma satu sahaja nurseri online yang buat postage yang memuaskan hati saya setakat ini kerana pokok tidak bertindih, tidak rosak dan siap dalam polybag, jadi sumer masih segar.  Pokok ke 4 ni pun saya tak tahu le boleh survive atau tidak, sbb nampak daun2 dah mula bergulung seperti yang sebelum ini.  Tawakal sahaja le, saya bagitau en suami kalau mati juga maknanya lepas ni saya kena beli sendiri dan bawa balik sendiri dari nurseri, tak boleh by pos lagi.....

Ok le...meh tngk hasil dari bilik kek hari ni yang sempat diupdate di sini.  Sesetengah malas nak letak bila hasil biasa2 sahaja hehe....




BILIK JAHIT : Kenangan Bilik Jahit Lama

Dulu bilik menjahit sharing je ngan bilik tidur....memang kesempitan yang amat sangat le....kemudian berjaya membodek si kecil supaya sharing bilik ngan kakaknya dan bagi saya guna biliknya untuk ditukar menjadi bilik menjahit saya.  Penat jugak le memunggah barang2 dan kemudian nak kemaskan lagi.

Ini gambar kenangan semasa kerja2 menjahit masih lagi sharing di bilik tidur.  Nanti2 kita update gambar studio menjahit kita selepas dah kemas2 nanti.  Saja untuk kita berkongsi idea.  Mesin jahit pun sudah bertambah sampai dah tak cukup space le pulak hehe.....dah namanya tukang jahit, kegilaannya adalah mesin jahit dan kain2......susah nak buang lak tabiat.....


Cuti2 Di Krabi, Thailand

Saja update untuk kenangan.....ini kenangan percutian di Krabi, Thailand yang mana sebenarnya sudah lebih 4-5 kali bercuti di sekitar Krabi dan Phuket.....dan setiap kali kami sekeluarga menginap di hotel yang berbeza cuma asik lupa nak snap pic untuk kenangan.  Perjalanan ke Krabi mengambil masa sekitar 6 jam, n if ke Phuket mengambil masa tambahan lagi 3 jam sbb suka buat pit-stop.  If nak ke Phuket kena make sure bertolak awal2 pagi, begitu juga ke Krabi supaya tidak terlajak sampai ke malam.   Kami selalu travel sendiri by car, tak pernah join trip berkumpulan sebab kami suka buat aktiviti sendiri.  Pendek kata kami zero knowledge pasal tempat2 di sana tapi seronok explore tanpa apa2 pengetahuan sebenarnya.  Sekadar berpandukan google map sahaja.  Once sampai di 7-Eleven yang banyak terdapat di sepanjang lebuhraya, kami akan singgah beli simcard baru untuk kegunaan semasa percutian. Ini untuk tujuan kemudahan internet.  Selalunya bila sampai di sana, kami akan menyewa motosikal dan turun buat pelbagai aktiviti seperti go kart ngan naik atv masuk hutan.  Kebetulan kami sekeluarga tak berapa suka aktiviti snorkelling ataupun menaiki bot ke pulau2 di sana.  Yang ini antara hotel yang paling selesa menginap semasa di sana, iaitu di Aonang Miti Beach Resort....










Yang ini semasa di Songkhla......apa yang menarik di Thailand seperti di Songkhla dan Krabi adalah harga2 bilik yang super besar sangat2 murah berbanding kos harga di tempat kita....cari2 gambar lama tak jumpa mana saya letak, banyak hard disk yang terpaksa scroll satu persatu, kalau jumpa saya share lagi.

KEBUN KU : Ku Lihat Hijau....

Pagi2 minggu jenguk kebun dulu...gitu le rutin harian sekarang tiap2 hari....tengok2 apa yg dah menunjukkan perkembangan positif.....ada yg hidup, ada yg nyawa2 ikan hidup segan mati tak mahu huhu...x kisah le....mana yg positif tu mmg happy....

Sambil2 tu jenguk pokok limau kiah....dah perasan kuar pucuk...tp tilik punya tilik...maklum le saya ni rabun dekat....atas pucuk kecil tu ada hitam2....ingatkan apa...alahai...baru nak berpucuk, tp cik2 ulat hitam kecik ni sedang berpesta le pulak...sampai 4 ekor sedap mamah daun muda....ulat2 ni mmg suka betul le daun2 segala mak nenek limau ni....sbb kat umah ada mcm2 limau...limau kiah, limau purut, limau nipis, limau kasturi ngan lemon...kat pokok2 tu asik jumpa je....dapat kat saya abis le saya tenyeh....kalu tak, belum smpt petang dah togel le pokok....


Tahu apa yang best merakamkan pokok2 ini setiap hari? Of course untuk melihat perkembangan tumbesarannya.  Menakjubkan kadang2 bila melihat hari ni sebesar ibu jari, 2-3 hari kemudian sudah sepanjang jari telunjuk....aktiviti yang menarik untuk menghargai alam.


Bunga pokok Kacang Panjang Renek....selalu dihurung semut....


Pokok Timun Batang (tp x pasti leh hidup ke tidak, baru alih dr atas ke bawah sbb daunnya yang semakin tidak sihat)


Sayur Sawi



Pokok Telang





Pokok Cemumar Hijau
posted from Bloggeroid

KEBUN KU : Yang Menunggu Hasil

Saya ni bukanlah masuk kategori orang yang pandai berkebun....dulu2 saya anggap diri tangan panas, tanam apa pun tak jadi....jadi dulu2 yang buat kerja menanam ni en suami.  Saya tukang tengok je....punya le saya skeptical takut dengan sebab tangan saya pokok2 tak menjadi.....tapi sekarang, saya dah tak ambik peduli....bagi saya kalau jadi, jadi....tak jadi, tak apa....tapi alhamdulillah, orang kata berkat berkebun tu ada faedahnya, berbudi pada tanah pasti ada hasil.....


Pokok bendi yang sedang menunggu hasilnya membesar....sumer pokok tengah mengeluarkan buah....


Pokok kari ni sudah lama kami bela.....tak pernah pupus....sentiasa hidup segar dan anak2 pokok pun melata melayari kebun....sampai kena cabut2 pun ya...


Buah betik yang tidak pernah putus, berbuah sepanjang masa......


Cubaan menanam pokok lada hitam.....seronok tengok mcm2 pokok....jadi ke tak tak pasti le lagi....


Ulam raja yang mudah tumbuh ni sebenarnya saya beli sbb saya suka makan daun ulam raja.....walaupun en suami gelak bila saya cakap nak beli pokok sbb dulu2 penuh ulam ni tumbuh depan rumah....tp masa tu tak berapa menghargai ulam2 nih hehe....


Anak pokok betik buat kesinambungan ibunya yang sudah tua......nanti nak alih2 letak di keliling kebun di luar pagar....

BILIK JAHIT : TEMPAHAN INNER

Selesai tempahan inner yang dah lama berkurun tersimpan, asik lupa nak jahit.....gara2 buat sumer kerja dalam satu masa.....bila ada tempahan kek, terpaksa lupakan kejap pasal jahit menjahit.....yang ni tempahan ulangan dari my fren yang setia order inner mcm2 kaler, alhamdulillah....selesa le tu agaknya......terima kasih le sangat2.....3 helai versi ada awning halfcup, sehelai orang lain punya versi lembik nak melekap kat muka....n labuh sedikit....

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...