KEBUN KU : SEMAIAN BENIH2 BARU

 Kena sabar sungguh kalu nak berkebun bermula dengan biji benih......setakat ni, ini je semaian yang menampakkan hasil.....puas hati sebenarnya walaupun lambat betul nak tunggu tumbesaran satu-satu.

Yang kiri ni bunga telang.....2 minggu menyorok, sehari dua ni baru menampakkan diri.  Yang kanan ni pula anak pokok lada pepper.  Alhamdulillah, lepas semai tak lama terus muncul.

   

Ini lak benih2 yang baru dirembat dari mylestaryseeds.....mudah je order online.....dapat free satu pek anak benih.....baru semai 3 pokok....yang lain tunggu cari tapak semaian baru n tanah...ada yang tempah dari nursery berdekatan masih belum sampai2 lagi....kalu tanam agaknya dah berpucuk.....yang order dari China pun ada jugak, biasa le yang tu makan masa sebulan dua baru sampai....tp benihnya berbaloi beli sbb murah2......memandangkan stok yang sedia ada pun tak sempat nak semai semua, tak kisah le sampai lambat pun..


 Yang bawah ni kailan.....bila mood tabur benih tak bape ada, main campak je.....silap le pulak sbb terlebih banyak anak pokok yang tumbuh.....dah haru nak letak mana pokok bnyk2 nih..... 


Yang kiri ini pulak pokok sweet basil....kanan ni anak terung.....

     

Yang ini anak marjoram....herba.....lama gak tunggu, ingatkan benih dah tertimbus, alhamdulillah keluar gak....


Yang ini lak sawi.....ini pun satu, masa campak benih tak pk.....dah rapat2 pulak tumbuhnya, camne le nak alih nih....


Ini buat sambungan stok kangkung.....yang ada aritu tunggu besar nanti boleh semai....sementara tu ada le stok yang dah tunggu.....


KEBUN KU : POKOK-POKOK KU

Nak citer lagi pasal kebun....sementara tengah semangat nak meng'update' blog nih....ni tambahan yang belum diciterkan lagi sebelum nih.....


Yang ini pokok lemon.....dah berpucuk cantik....Alhamdulillah.....tak pasti nak kekalkan di dalam pasu atau nak tanam di atas tanah....rasanya elok kekal dalam pasu je le....


Ini pokok belimbing buluh.....nak letak atas tanah tapi takut one day ada lak yang datang meratakan padang, abis le sumer pokok2 kesayangan.....biar je le dlm pasu....


Ini angkut bawak balik dr kampung kat Kelantan....buah ni kegemaran saya yang dah susah nak dapat sekarang.  Saya panggil katak puru atau setengah orang panggil nam nam.....mana2 pun suka hati le, yang penting buahnya mmg kesukaan saya....


Yang ini pun ada kaitan ngan pokok, jom le sapa yang minat ngan pokok2 n benih2 n pameran yang mcm2, jemput le ke program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan di Taman Jubli Emas, Alor Setar....berdekatan JPJ Negeri Kedah.  Saya nak pergi serbu nanti gak....

PROJEK DIY


Sekali sekala seronok buat projek DIY nih.....kebetulan kain lama beli dekat IKEA masih ada, jadi buat le projek membalut papan untuk jadikan tempat penggosok, tapi sekarang dah jadi tempat letak TV dah.....ini untuk kegunaan bilik menjahit saya je.


Kerusi ni pula kerusi pusing beralas fabric pvc sebelum nih, saja seronok2 godek2 bubuh alas mcm nih, bukannya susah pun....simple sahaja.....selit2 je masuk celah2 pelapik belakang kerusi, n yang alas duduk tu saya just guna stapler besar.

KEK KELADI


KEK KELADI 

Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm ) 

KEK: 
250 gram sponge cake mix 
5 biji telur (A) 
1/2 sudu besar ovellatte 
40 ml air 
40 ml mentega cair (original recipe x de ni....was-was....so letak gak) 

TOPPING KELADI: 
1 kg keladi 
1/2 cawan gula 
3 biji telur (A) 
120 gram santan pekat 
300 ml air 
1/4 cawan tepung gandum 
20 gram tepung jagung 
25 gram gelatin 
Beberapa titik pewarna ungu 
1/2 sudu teh garam 
Kelapa kering sebagai hiasan 

Cara-cara 

KEK : 
Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah. Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat. 

KELADI: 
Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk. Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

KEK MARBLE BLACKMORE


KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore
Tested by Nina

Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex pon bley

Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.

Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette

Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.

Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu cair...susu dumex pon ok

Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stop the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.

KEK PISANG

Resipi recap....petang2 pekena kek pisang panas2 mmg nyum nyum....


250 gm butter
1 cawan gula castor
3 biji telur Gred A
6-7 biji Pisang (yg telah ranum) - dikisar
60 ml susu segar
100 ml plain yoghurt
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara


Butter dengan gula diputar hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan pisang yang telah dikisar halus tadi. Masukkan yoghurt dan putar lagi perlahan-lahan. Kaup balikkan tepung, soda dengan baking powder (yg telah diayak bersama terlebih dahulu) dan diselang selikan dengan susu segar tadi. Bakar selama 60 minit pada suhu 180'c atau sehingga masak.

SWISS ROLL

Ini resipi recap dr zaman fotopages.  Tak pasti dah simpan ke belum.  Jadi ambil balik dan simpan semula di sini untuk rujukan di masa2 akan datang.


Swiss Roll
Recipe by Shida
Tested by Nina @ babybatriesyia

6 biji telur
4 biji kuning telur
190gm gula castor
1sk serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
30gm air
100gm tepung
60gm tepung jagung
60gm mentega cair
1sk vanilla

sedikit jem atau cream untuk inti

caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & kental
3. Kaup balikkan mentega cair ke dalam adunan sehingga rata
4. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar hingga masak dengan suhu 190C

Tips:

1. Biasanya untuk bakar swiss roll, kita memerlukan loyang yang lebar & agak besar. Jangan bakar terlalu lama. Kek ni kena masak cepat. Gunakan api yang agak kuat dalam 180 darjah celcius. Agak-agak dalam 10-15 minit sahaja.
2. Kalau nak buat perasa koko, kurangkan 20gm tepung dan tambahkan 20gm serbuk koko.

Tambahan:
1. gunakan acuan 14 x 14 cm
2. Adunan mesti benar2 kental - bila angkat x jatuh....
3. Satu lagi tip, yg saya buat - lepas jer kek masak, keluarkan dari acuan - gulung kek terlebih dahulu sebelum disapu buttercream, then baru bukak gulungan, baru disapu krim....gulung semula, insyaAllah kek x akan patah, elok jer gulungan dia nanti....
4. Jgn lupa, hanya kaup balikkan mentega cair dlm adunan, jgn kacau....supaya kek tetap kembang elok

KEBUN KU : KEBUN DALAM TAMAN

Duduk dalam kawasan perumahan, tidak banyak tanah yang tinggal.  Saya sekadar menggunapakai tanah di hadapan rumah seberang jalan memandangkan rumah saya rumah hujung di jalan mati, depan rumah pulak padang.  Memandangkan rumah saya bersebelahan bendang, banyak binatang liar seperti ular mudah menjalar di sekitar.  Jadi, saya cuma tolong kemas2kan rumput dan bercucuk tanam menghijaukan kawasan di samping hasil2nya jiran2 juga dapat merasa.  Mana2 pokok yang besar2 memang saya tanam di atas tanah tersebut.  Rasanya tidak menjadi kesalahan daripada terbiar menjadi kawasan lapang dan penuh rumput.  Sekurangnya2 ada pokok2 menghalang angin kuat kerana di sini mudah terjadi pusar angin dan ribut melalui bendang dan padang yang luas.


Anak bongsu saya ni mmg suka turun berkebun di sini, sekarang memandangkan saya dah alih sumer pokok2 herba dan yang kecil2 ke tingkat atas koridor rumah, maka yang tinggal hanyalah pokok2 besar yang tidak memerlukan sangat penjagaan.  Sesekali saya turun merumput kerana cuaca yang asik hujan menyebabkan subur je rumput rampai singgah.

Yang ada sekarang ni seperti pokok durian belanda yang sekarang sedang giat mengeluarkan putik, ini kali ke dua, kali pertama buahnya sangat2 le terbantut.  Kemudian saya ada tanam pokok mempelam harum manis, sudah banyak kali mengeluarkan hasil, tp baru2 ini sewaktu hujan lebat dan angin kuat, batang pokok ini patah disebabkan serangan semut.  Ingatkan dah mati tapi rupanya sekarang giat berpucuk pada dahan yang masih tinggal.  Alhamdulillah.  Ada pokok pelam telur, pokok pelam kegemaran saya, sepohon dah setinggi 6 kaki, sepohon lagi saya ambil lagi dari rumah mak dan semai lagi.  Pokok kari terlajak subur, sampai kena buang2 anak2nya yang tumbuh melata.  Ada pokok betik, pokok kelapa pandan, belimbing, pokok limau purut ngan pokok mata kucing.  Ini sumer pokok2 besar yang dah tak perlu perhatian sangat.  Yang lain2 yang kecil2 yang saya kekalkan di tanah itu adalah daun kunyit, limau nipis, serai dengan daun pandan.  

Ada juga pokok mulberi yang saya tanam dari keratan batang, sumernya sudah berpucuk dan ada yang sedang berbuah, tunggu besar sedikit saya nak alihkan ke tanah supaya boleh membesar lebih sihat.  Yang pokok besar2 yg saya kekalkan dalam pasu di bawah adalah pokok 'katak puru' atau namnam yang mak bekalkan dari kampung, pokok lemon dan pokok belimbing buluh.  Nanti saya snap pokok2 tu....


Pokok Limau Nipis

Sekarang masih menunggu stok pokok2 saya sampai dari nurseri, tak sabar rasanya.  Saya lebih fokuskan pada pokok buah2 yang bersesuaian ngan keluasan tanah yang ada dan juga pokok2 herba.

Ini le pokok2 yang dah mengeluarkan hasil.  



Pokok Kelapa Pandan yang umurnya dah 10 tahun....sebaya ngan anak bongsu....ingat sangat umurnya sbb tanam bila dia lahir....sebelahnya pokok betik yang tak habis2 lagi mengeluarkan hasil....saya sebenarnya teringin nak pokok betik jantan yang mengeluarkan bunga sahaja sebab saya suka sangat makan ulam bunga betik, tp nampaknya kedua2 pokok betik saya betik betina hehe....jiran saya pulak yang tanam depan rumah dpt pokok betik jantan....kikiki....


Cili Padi yang sangat pedas ikut kata en hubby.  Sebab dia sorang je yang suka makan pun.  Yang sebelahnya ni lada benggala, alhamdulillah sekarang pun banyak mengeluarkan putik.  Pokok ni kalau tak silap saya beli di pasar pagi atau nat di area sini saja.


Yang ini pokok limau purut, dah lama tanam dan ini le kali pertama mengeluarkan buah.  Ada le 2 biji.  Sebelahnya ni pokok mulberi yang sedang berbuah, mudah je tanam tp ada gak batang2 yang dicucuk mati terus.  Apa pun memadai apa yang ada.


Ini lak putik pokok durian belanda.  Samada kekal berbuah atau tak kena tunggu putiknya mcm mana.  Ini kali kedua berbuah, kali pertama buahnya kecil2 sekadar percubaan saja.  Pokok ni ditanam oleh mak sejak 5-6 tahun yang lalu.  Pernah kena penyek ngan pokok pelam yang patah, pernah kena timbus ngan batu bata semasa proses buat rumah, still dia survive.  Mungkin sbb ini hasil air tangan mak, sekarang tumbuh tinggi.

Pokok Daun Kunyit sebetulnya daun besar2 tapi alih2 bila tengok semula sumer sudah patah riok, rasanya dah kena mamam ngan en belalang le tuh.  Risiko menanam di kawasan gini ini le, kalu tak belalang, serangan serangga mcm semut atau asik berebut ngan en siput.  Gara2 tak larat berlawan ngan en siput yang suka makan pucuk2 muda ni le maka sumer saya angkut naik ke tingkat atas rumah.  Tinggal yang ni le di tanah yg saya tak ganggu.

\\

Serai ni dah masuk kategori tanam dan buang sbb terlalu banyak.  Baru2 ni hampir mati tp hidup balik.  En hubby dah alihkan separuh ke kawasan lain, Alhamdulillah yang tu pun tumbuh subur semula.  Daun Pandan sahaja yang baru semai semula, yang merimbun sebelum ni dah mati.

KEBUN KU : KANGKUNG HIDROPONIK

Semangat bercucuk tanam memang menjadi2 sekarang ni.  Buat masa ni masih menunggu benih2 yang disemai untuk memunculkan diri.  Setakat ni bendi, terung ngan sweet basil dah mula kuar.  Bendi pun dah alih masuk bekas lagi besar.  Baru je semai kailan ngan sawi.  Tak tahu nasib benih2 tu camne sbb lupa nak alih, benih2 terdedah ngan hujan lebat yang asik melanda saat menjelang malam sampai ke pagi.  Harap2 selamat le.....benih2 lain lama dah semai, rasanya mungkin tanah terlalu padat, percambahan akar tak boleh berlaku agaknya....

Yang ni versi hidroponik tanam kangkung.  Lebih bersih.  Ini proses percambahan dalam masa 5 hari.  Prosesnya pun mudah sahaja.  Hajat nak buat untuk bayam, tp benih bayam terlalu halus, tak boleh nak semai menggunakan penapis seperti ini.

First step, rendam biji benih dalam air sekadar sama paras menggunakan penapis dan bekas sebagai teknik hidroponik.  Kemudian benih tu saya simpan dlm bilik mandi sahaja, letak le tempat yang bersih.  Selepas 2 hari saya keluarkan biar terdedah cahaya pagi selama 2 hari tp elakkan terkena hujan.
 

 Sekarang dah tinggi dan dah hampir penuh bekas.  Saya nak semai sebekas lagi buat sambungan stok.  Later saya update citer pokok nih.


Ini parker neem oil ngan max bloom untuk pertumbuhan pokok dan penjagaan daun2 dari serangan serangga.  Baru guna 2-3 kali untuk pokok cili ngan strawberi.  Belum dpt nak bagi feedback hasil penggunaannya lagi.  Neem Oil ni hasil dr pokok semambu, saya baru dalam proses nak tanam sendiri pokok semambu.  Biasa orang gunakan daunnya untuk ubat demam campak supaya tak gatal.  Kalau nak buat sendiri minyak neem ni pun boleh, campuran daun dengan bunga cengkih yang dikisar dan dimasak selama berjam2 sehingga menghasilkan minyak.  Saya tak ada masa dan tak berapa rajin jadi cari yang dah siap.  Ini versi 500 ml sahaja berharga dalam RM58.  Rasa mcm mahal tp dari satu segi jimat berbulan2 rasanya sebab cuma gunakan 2.5ml sahaja kapasiti minyak dicampur dengan 1000 ml air dan 1 sudu kecil cecair pencuci (yg buat basuh pinggan) dan semburkan ke daun2 pokok yang ada serangan serangga.  Max bloom pula berharga RM70 (x termasuk pos harga2 yang disebut), pengunaan pun sama cuma lebih sedikit 1ml mix dengan 1000ml air.  Siram le pada akar pokok/tanah atau semburan ke daun2 pokok 2 atau 3 hari sekali.  Saya order yang ini dari Sarawak.

TEMPAHAN KIWI CHEESE CAKE


Lama tak buat cheese cake....ini versi cheese cake padat, bukan cotton nyer....kali ni ada request dari my fren yang mmg suka sangat ngan cheese cake bertatahkan kiwi.....luckily sumer ada dalam stok, cuma untuk kali ni versi cheese cake dah upgrade n dah menggunakan kuantiti cheese yang lebih.   Kek manis2 mmg sangat sesuai makan ngan kiwi atau mana2 buahan yang masam2.....mmg kick rasanya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...