Monday, April 23, 2012

~Acar Buah~


Acar buah saya buat untuk mak ngan adik yang datang dari Putrajaya bawak balik nanti dan juga untuk mak bawak masa pergi jumpa adik sorang lagi di Langkawi......secara kebetulan saya dah borong 4 plastik besar 4 jenis asam-asam ni mmg dengan niat nak buat acar buah dari sebuah kedai borong.....saya suka acar guna buah2 asam ni daripada acar guna kulit limau....entah....tak bape nak leh telan.....bila dah masuk bekas, tak dpt bnyk mana pun....cukup bahagi 2 bekas, satu untuk adik dan satu bekas untuk mak dan satu senduk untuk saya buat makan.....dah licin dah sumer.....yang berlebih untuk makan tu siap saya ratah2 pulak malam tu.....



Acar Buah

3 ulas bawang besar (dihiris halus)
8 ulas bawang merah (dihiris halus)
8 ulas bawang putih (dihiris halus)
5 inci halia (dihiris halus)
5 sudu besar cili giling
3/4 ketul gula manisan/gula melaka
Cuka (secukupnya)
Garam/Gula jika perlu
Minyak secukupnya uintuk menumis

1 kg buah2an jeruk (asam)

Tumiskan bahan yang dihiris halus tadi sehingga naik baunya.  Kemudian masukkan cili giling dan gula melaka dan kacau hingga pecah minyak.  Masukkan cuka secukupnya dan gaul bersama dengan buah tadi.  Rasa rempahnya jika perlu letak garam atau gula ya....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...