~Doh Pizza~

Sebelum perap

Selepas perap 30 minit

Dah bakar separuh masak..

Sambil tunggu AJL semalam, sempat le uli2 doh pizza.....bukan apa, semasa belek2 Mingguan Wanita minggu lepas ada lak resipi, jadi nak cuba le versi yang ni pulak....kebetulan ada kawan lak yg nak makan pizza, jadi aku ambik peluang cuba resipi ni le....

Nama je nak cuba resipi ni, tapi aku dah olah sana sini sampai dah x jadi resipi yang sama.....of course tak leh sama, sbb aku tak pakai tepung high protein.....satu hal lak nak beli tau sbb tepung ni pun mahal gak, orang request nak satu je, mana le nak balik modal kan......belum nak kena beli cendawan le, itu le ini le......bukan aku leh mintak kat kedai nak 2-3 biji je.....kena beli satu tin, last2 aku yang kena makan baki2 sbb kalu biar lama2 terus rosak....

Ok le.....ini resipinya......yang aku dah olah aku condongkan teksnya ya.....

~Doh Pizza~

250 gm tepung high protein
100 gm tepung gandum } aku guna 350 gm tepung gandum sahaja, x guna high protein
8 gm yis (aku guna 11 gm)
50 ml minyak masak (aku guna dlm 75 ml)
150 ml air
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil bread improver
Sedikit garam

Campurkan tepung gandum dengan yis.  Gaulkan sekejap.  Masukkan garam + bread improver.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, seterusnya masukkan minyak masak.  (Aku tambah mentega sbb adunan tak bape lembut, kering je...part ni kena soh mesin uli, tak larat ooo nak tenyeh doh)....ok....dah nampak adunan lembut, kuarkan then uli2 le sikit ngan tangan....dah bulat2kan masukkan dlm bekas dan tutup ngan plastic wrap.  Biarkan dalam 30 minit.....(aku boh dlm oven, oven tak on pun......30 minit je dah kembung).....

Then tumbuk2 adunan, bahagi dua.....uli2 le jadi bulat....dapat le 2 biji base pizza......bakar kejap dlm 10 minit.....kuarkan, then leh le simpan dlm peti beku sehingga nak guna ya....lembut je rotinya nih.....nanti korang prepare je le pizza saucenya ya.....topping tu leh je korang campak2 sesuka hati dan selera.....kikiki.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...