~Mee Goreng Basah~



Menu hujung minggu aritu buat Mee Goreng......dah lama tak buat mee sendiri.....malas + tak dak mood + apa2 je le.....hehe.....puas hati kalu masak pinggan licin selicinnya dingap dek anak2 ngan en hubby......kan?  Resipi tak ingat pernah tepek ke tak.....tapi rasanya biar le aku letak balik kat entri ni.....senang tak payah susah2 nak cari.....

Mee Goreng Basah

1 ulas Bawang Putih
2 ulas Bawang Merah
1/2 biji Bawang Besar
1 inci Halia
2 batang Lada Merah
Sedikit Belacan

Bahan di atas ditumbuk hingga lumat.

Bahan Lain:
Mee Kuning
Kerang
Udang
Lobak
Kubis
Lada Merah - dihiris
Daun Bawang
Daun Kucai
Daun Sup
Bawang Besar - dihiris bulat
Telur
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Tiram
Kicap Pekat

Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik baunya.  Masukkan kerang, udang, bawang besar dan tumis sebentar.  Masukkan telur dan kacau.  Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap pekat secukupnya dan sayuran yang ada.  Letakkan garam dan perasa jika perlu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...