Pandan Chiffon Cake


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia

Bahan A

150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B

4 biji kuning telur saiz B
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus (x letak)

Bahan C

85ml minyak masak
115ml jus pandan (tak guna jus pandan - buat campuran santan, air, pandan paste & pewarna hijau)

Bahan D

4 biji putih telur saiz B
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :

Putar putih telur sebentar hingga berbuih. Masukkan cream of tartar. Putar lagi. Kemudian masukkan gula castor sedikit hingga sedikit sehingga ia menjadi soft peak. Maknanya, bila whisk diangkat ia melentuk, bukan tegak berdiri gitu..... Ketepikan sebentar. Kuning telur diputar bersama gula hingga ia kembang sedikit. Masukkan minyak masak. Kemudian masukkan campuran santan tadi dan diputar lagi hingga ia sebati. Kemudian dengan menggunakan whisk, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semuanya bercampur sebati. Ambil sedikit putih telur tadi dan kaup balik hingga ia rata. Kemudian tuangkan adunan tersebut ke dalam adunan putih telur yang berbaki tadi dan kaup balik hingga semuanya rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang tidak digriskan dan dibakar selama 45 minit pada suhu 170'C (ini suhu oven saya ler) atau sehingga sebelah atasnya dah brownies sedikit....atau hingga tiada adunan melekat pada lidi bila diuji pada kek.....telangkupkan loyang kek semasa hendak menyejukkan kek supaya adunan tidak mendap.


TauFu Fah



TAUFU FAH

300 gm kacang soya (direndam selama 8 jam dan dibuangkan kulitnya)
7 1/2 cawan air (sukatan metrik)

Bahan di atas dikisar hingga halus dan ditapis dengan menggunakan kain muslim. Panaskan periuk dan masak hingga ia mendidih, kacau sekali sekala untuk mengelakkan ia melimpah.

3 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh GDL
1/2 cawan air

Bahan ini diadun bersama dan dimasukkan ke dalam bekas yang bertutup. Bila air soya tadi telah mendidih, tuangkan ke dalam bekas yg bertutup tadi (pastikan semasa menuangnya dari kedudukan yg tinggi, hati2 agar tidak tumpah).....kemudian buangkan perlahan2 buih yg terbentuk selepas menuang air soya tadi. Selesai, tutup bekas tadi dan biarkan ia selama 1 jam sebelum boleh dimakan.

Roti Asas Chef Anuar


ROTI ASAS CHEF ANUAR

400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity
1 gm bread improver (optional)
6 gm garam
50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
60 gm marjerin
190 ml air

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati

2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan

3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size

4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.

5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.

6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda. 7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min

Note

1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.

2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.

Snowy Heart Cookies



SNOWY HEART COOKIES

Bahan-bahannya:

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat

Susu Tepung - khas utk ditabur / diayak atas biskut

Cara-caranya:

Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat Pukul ghee dan gula halus hingga sebati Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana pada suhu 180'C selama 10-12 minit. Nota : Kita buat separuh dari adunan ni dapat dlm 80-90 keping gitu.....lagi pun acuan dia besar2....kalau buat comel2 rasanya boleh dapat lebih banyak lagi.....

Omalette

Omalette

1 ulas bawang besar - dipotong dadu
1 keping sosej - dihiris nipis
4 cendawan butang - dipotong ikut suka
Sedikit minyak
Beberapa kepingan Cheese (ready made)

Panaskan kuali, tumiskan bawang - bila kuning masukkan sosej dan cendawan butang, goreng sampai masak. Ketepikan. 3 biji telur Sedikit Serbuk Lada Sulah Sedikit Garam Pecahkan telur dan dipukul hingga bercampur dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam.

Dadarkan di dalam kuali leper dan taburkan bahan tumis tadi separuh telur yang didadar tadi dan lipat separuh bulatan. Bila hampir masak, letakkan kepingan cheese yang dipotong-potong dan angkat. Hidangkan bersama roti putih.

Kek Pisang


Kek Pisang

250 gm butter
1 cawan gula castor
3 biji telur Gred A
6-7 biji Pisang (yg telah ranum) - dikisar 60 ml susu segar
100 ml plain yoghurt
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara

Butter dengan gula diputar hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan pisang yang telah dikisar halus tadi. Masukkan yoghurt dan putar lagi perlahan-lahan. Kaup balikkan tepung, soda dengan baking powder (yg telah diayak bersama terlebih dahulu) dan diselang selikan dengan susu segar tadi. Bakar selama 60 minit pada suhu 180'c atau sehingga masak.

Wholemeal Bread



Bahan A

300 gm high protein flour
200 gm wholemeal flour
40 gm brown sugar
1 tsp salt
3 tsp instant yeast

Bahan B

300 ml iced water

Bahan C

40 gm shortening

For Glaze

1 egg

For topping

Cheddar Cheese
White Sesame Seed

Adunkan A hingga bercampur. Masukkan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Tambahkan C dan pukul atau uli lagi hingga doh menjadi elastik. Biarkan ia mengembang selama 30 minit atau sehingga saiznya menjadi 2 kali ganda. Bahagikan doh 60g tiap satu/45 gm tiap satu dan susun dlm bekas - biarkan ia mengembang sekali lagi. Selepas 30 minit keluarkan, sapu telur dan topping, kemudian proffing sekali lagi. Kemudian baru dibakar selama 20-30 minit atau sehingga masak.

Popia Horlicks


Cara Menyediakan:



Gulungkan kulit popia dengan menggunakan lidi. Gamkan hujungnya dengan telur.



Keluarkan lidi perlahan-lahan. Kemudian gunting cantik2.



Popia yang sudah siap digunting digoreng dengan minyak tidak terlalu panas.



Popia yang sudah siap digoreng digaul dengan gula aising dan horlicks. Sedia untuk dimakan.

How To Make Tapai Pulut

My Hubby's favourite.....



Step Pertama






Rendam beras pulut semalaman sebaiknya....


Step Kedua


Sediakan kukusan.

Step Ketiga






Toskan beras pulut yang telah siap direndam semalaman tadi.

Step Keempat



Letakkkan ke dalam kukusan dialas kain net.

Step Kelima






Pulut yang telah masak, dikeluarkan dan dibiarkan betul2 sejuk.

Step Keenam



Taburkan ragi pada pulut yang dah sejuk dan gaulkan dengan rata menggunakan sudu.

Step Ketujuh


Isikan ke dalam daun pisang atau daun getah atau mudah sekali letak jer dalam bekas, then balut ngan kain (apa2 pun takpe), peram selama 2-3 hari.


Roti Naik

Hujung minggu x de kerja lain asyik roti, roti, roti je.....tp anak2 suka makan roti....so tu pasal kerja buat roti je.....siap demand macam macam.........x pe le....boleh gak tumpang makan....roti kali ni ambik dr resipenet, ROTI NAIK namanya......mmg naik pun.....teramatlah gebu.....masa putar tu nampak lembik je....risau pulak takut x jadi...even masa bulat2kan pun.....lembik je....tp lepas 2 jam proofing, mmg naik elok.....sampai nak pegang pulak naik takut, punyale teramatlah gebu.....

ROTI NAIK

400 gm tepung roti
100 gm tepung superfine
280 gm air
40 gm tepung susu
180 gm soft brown sugar
100 gm butter
11 gm yis kering
pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanila
5 gm garam
6 gm bread improver

Cara

Masukkan semua bahan kering ke dalam pemutar. Gunakan speed rendah, tuangkan air yang telah dicampurkan dengan esen vanila dan pewarna kuning sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.. Bila adunan telah rata, masukkan butter dan gunakan speed yang laju untuk mendapatkan tektur yang elastik. Biarkan adunan rehat selama 10 minit sahaja dan timbangkan adunan 35 gm setiap doh. Ambil satu doh dan lumurkan dengan butter. Ulang untuk setiap doh. Susun setiap doh dalam loyang, jarakkan dan biarkan naik 2x ganda. Doh akan mengambil masa yang lama untuk naik (untuk kali ni, saya biarkan doh lebih kurang 2 jam lebih) - bakar selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga masak. Sapukan marjerin di atas untuk mengilatkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...