Wednesday, January 2, 2013

~Nasi Goreng Ala Kampung~

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat sumer yang sudi bertandang.....semoga tahun baru ini memberikan lebih semangat dan semoga memandu kita semua ke arah yang lebih baik....

Awal2 tahun baru ni nak refresh semula semangat menghapdet nih.....mula2 start ngan something yang simple sahaja.....boleh le ya.....lenkali kena susun semula jadual untuk lebih rajin bereksperimen....



~Nasi Goreng Ala Kampung~

4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji lada merah
1 batang serai
1 sudu kecil udang kering

Semua bahan di atas ditumbuk lumat.

3 cawan nasi putih (yg telah sejuk)
Udang Kering (digoreng terlebih dahulu dan toskan)
Ikan bilis sederhana besar (digoreng terlebih dahulu dan toskan)
1/2 cawan mixed vegetables
Sedikit kobis - dipotong2 kecil
250 gm isi ayam
Daun bawang/Daun Ketumbar
Garam/Perasa
2 sudu besar sos manis/kicap
2 biji telur

Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.  Masukkan isi ayam tadi dan goreng hingga masak.  Pecahkan telur dan kacau hingga rata.  Masukkan sos manis/kicap bersama dengan mixed vegetable dan kobis.  Kemudian, masukkan nasi tadi dan gaulkan rata.  Masukkan daun bawang, ketumbar, garam dan perasa secukupnya.  Akhir sekali taburkan udang kering dan ikan bilis yan telah digoreng terlebih dahulu tadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...