~Nasi Lemak Kukus Pandan~


Tak ada menu lain asal hari minggu.....kalu tak nasi lemak.....mesti mee goreng....tak pun nasi goreng......hehe....biasa le kena ikut selera orang2 dalam rumah.....kalau ikutkan along mesti mee goreng, tp saya pulak dah jemu asik masak mee goreng.....kalau cakap nak buat kuey teow ke, mihun ke....sori le....tak de yang nak makan.....orang dalam rumah saya sumer cerewet bab makan.....tu pasal menu saya asik berulang sahaja.....so saya cakap minggu ni masak nasi lemak le.....cuma kali ni saya siapkan nasi lemak versi kukus......sbb tak nak merugikan beras2 saya kalu masak cara biasa.....selalu berkerak.......

Kalau ikutkan beras mesti direndam supaya nasinya elok masak tp tak pe....cara saya ekspress sahaja....no rendam2 bagai......bagi saya yang mana mudah dan cepat itu saya akan praktikkan.....dah le saya rugi lauk pauk dah semalam gara2 balik dari beli2 bahan basah, letak dalam sinki dulu konon nak basuh.....rupa2nya sampai pagi esoknya le saya letak dalam sinki....huhu.....abis ketam n ikan keli......saya terlupa terus barang2 basah dalam sinki sbb sibuk kemas2kan barang2 yang lain yang dibeli......oooohhh.....sungguh pelupa....melepas teringin nak makan ketam.....bila akhirnya berakhir ke dalam tong sampah.....

Ok le....berbalik kepada nasi lemak tadi......mudah sungguh nak buat n cepat sahaja.....kira2 sejam sumer siap le.....pagi tu baru saya siapkan2 sumer bahan......


~Nasi Lemak Kukus Pandan~

4 cawan beras basmathi - dibasuh dan ditoskan, masukkan ke dalam kukusan dan kukus separuh masak
3 inci halia - hiris2 halus
1 kotak santan segera
Sedikit bunga cengkih
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
2 ikat daun pandan - dicarik2 dan diikat

Beras tadi dibasuh dan ditoskan, kemudian dimasukkan ke dalam kukusan.  Untuk permulaan, saya kukus sekitar 10 minit.  Kemudian saya angkat, sediakan air sejuk (dari paip) dan masukkan beras tadi.  Saya ulang 2-3 kali hingga nasi tadi sejuk.  Kemudian saya masukkan semula ke dalam kukusan.  Kukus lagi dalam 10 minit.  Kemudian, keluarkan dan masukkan santan yang telah digaul dengan garam, halia yang dihiris halus, bunga cengkih dan daun pandan.  Masak hingga beras menjadi lembut.  Bila dah angkat baru masukkan pewarna dan gaul2kan hingga sekata.

~Sambal Tumis~
10 tangkai cili kering
Ikan bilis - yang telah digoreng garing
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar kuning
1/2 biji bawang besar kuning - dipotong2
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula/garam

Cili kering digunting tangkainya, dibuang biji, dibasuh dan direbus sebentar biar lembut.  Kemudian, kisarkan.  Bawang putih, bawang merah dan bawang besar dikisar berasingan.  Tumiskan bawang tadi hingga naik baunya, kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi.  Tumis hingga garing sedikit.  Kemudian, masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukupnya.  Jika terlalu pekat, tambahkan air.  Masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi bersama bawang besar yang dihiris.  Kemudian, boleh le diangkat.

Bahan Sampingan Lain
Kacang tanah digoreng garing - x buat sbb orang dalam rumah tak makan
Timun Batang
Telur Rebus
Ikan Bilis - digoreng garing


2 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Nina.slmt thb baru 2013.
sama menu kita dihujung minggu lalu...iaitu nasi lemak....tp Nina punya lagi special sbb kukus...sy versi tanak. kat rumah pula kalau hr minggu pasti menu berkuah sbb yg goreng masak hari sek.

Babybatriesyia said...

Salam mamasya.....salam tahun baru gak....nina pun lama dah tak sempat nak snap2 pic masak....busy ngan kerja.....saja je try versi nasi kukus.....asik dok buat yang biasa tu je.....lagipun anak2 ni jenis susah nak buat menu pelik2 pun....bukan nak makan....tu yg lately ni malas betul nak tepek gambar masak2 sbb menu pun sama aje....hehehe.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...