RESIPI : SANDWICH OMALETTE


Walaupun sekadar simple, puas hati dapat bagi bekal dekat anak2....tak ada yang susah nak siapkan pun setakat yang mudah mcm ni, pejam mata pun boleh je hahaha.....jangan layan eksen saya hahaha......memandangkan masih belum restock apa-apa, baki roti aritu masih ada n bakal expired....jadi gunakan untuk buat sandwich dengan simple omalette.....kalau saya dah ok dah sebab bakal mengenyangkan perut dah ni sementara tunggu tengahari....

SANDWICH OMALETTE
Roti Sandwich

Bahan Omalette:

4 biji telur
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih

Sedikit cendawan butang - dihiris2
Cheddar Cheese Slice

Sebatikan semua bahan telur bersama dan goreng seperti telur dadar biasa.  Bahagikan kepada 2-3 kali gorengan.  Semasa memasak, sebelah bahagian telur tadi diletakkan dengan cendawan butang yang dihiris bersama dengan cheddar cheese yang dicarik2.  Biar sebentar dan angkat separuh bahagian telur dan telangkupkan ke atas separuh bahagian lagi menjadi separa bulatan.  Biar hingga cheese cair sedikit.  Angkat.  Jadikan seperti inti sandwich.  Sandwich tadi dibakar pula dengan pan sebentar.  Siap.

KEBUN KU : UPDATE KEBUN AND TAMBAHAN POKOK BARU LAGI

Mengemaskini sedikit citer pokok2 di kebun mini....ada yang berusaha menumbuhkan diri, ada yang senyap membisu seribu bahasa hehe.....apa2 le ya.....apa pun, yang dicambahkan dlm 10 hari lepas sudah selamat mengeluarkan diri, tapi tempat nak dialihkan pulak tak ada.....jadi biar di situ aje dulu....siap cambahkan pokok moringa mcm le ada tanah nak disemai nanti.....ku jadikan ala2 bonsai boleh dak??? hehehe......


Jangan heran tengok sumer condong ke situ.....mencari cahaya matahari le tu sbb pagi2 matahari halanya dr situ....jadi sumer pun pakat le condong mcm menara condong gayanya....


Ini antara yang nampaknya tetap setia membesarkan diri.....pokok kacang renek....2 pokok cuba tanam kat batas di bawah, yang ni di atas koridor....tengok2 yang dekat batas tak sampai sehari letak dah compang camping daunnya....ada pulak cik ulat sedap duk makan.....jadi dah fobia nak letak kat bawah....


Yang besar ni pokok bendi ...yg lain lupa tagging jadi tak ingat pokok apa dah....boleh gitu....kita tunggu dia besar aje le....


Ni pokok ketumpang air, tumbuh dalam pasu pokok daun kaduk...banyak le pulak anaknya.....dalam pasu2 di bawah tak jumpa pulak.....since pokok ni berguna dan boleh dimakan, jadi dibiarkan sahaja hidup dengan pokok kaduk....sebelah tu pokok kacang buncis....pandai dah melilit, dah abis batang kayu tu dia panjat, dah lilit tali rafia tp mcm kecik je tmpt melilit yang ada.....tngk le mcm mana dia nak lilit lagi....


Tambahan baru dalam kebun, pokok limau kiah ngan pokok tenggek burung.....beli dari Seri Subuh....delivery ngan KTM....mmg terbaik nyer packaging, tanah pokok pun kedap elok, siap berpagar ngan tali lagi.....petang nanti kita tanam ya....


Ini pokok buluh madu yang dulu tanam dalam pasu....pastu pindah ke tanah gara2 hampir mati....eh hidup elok pulak.....3-4 hari lepas nampak rebung keluar, rendah je lagi.....arini tengok dah naik dekat 4 kaki dah....tup2 tengok2 belakang ada keluar lagi satu rebung....tp saya tak berapa makan sangat rebung jadi biarkan je le sampai jadi buluh.....


Ada dua lagi tambahan tak termasuk ulam raja....gelak je en hubby bila ckp beli ulam raja sbb sebelum ni tumbuh merata liar je....tp bila nak, satu pun tak jumpa....nak tak nak beli gak le.....yang ini pokok ubi kemili atau ubi keling ngan pokok sambung nyawa ungu.....esok sambung nyawa batik lak sampai.....yeay.....

RESIPI : IKAN DORI SWEET SOUR


Cakap kat anak-anak arini bawak bekal nasi je le....stok barang basah kat dapur sebenarnya dah tak ada....belek2 ada frozen dori je....so memandangkan bekas cuma leh muat satu nasi dan satu lauk, maka dapat idea buat ikan dori masak sweet sour....tp tak cukup korum gak sbb sos tomato pun keabisan stok....sayur apa pun tak ada.....buat le telur dadar hiris halus2, itu pun sib baik stok telur sentiasa ada untuk kerja bilik kek....buat anak2 tambah selera makan......rasanya kena cari bekas lain le kalu nak bawak bekal, bekas ni macam tak cukup space nak isi makanan.....arini ujan lebat, spoil nak panaskan nasi semula tadi, tengok2 periuk nasi rosak....huhu.....

IKAN DORI SWEET SOUR

3 filet ikan dori - potong2 dadu
1 biji telur
Tepung gandum
Tepung jagung - anggaran 1/4 dari adunan tepung
Garam/Perasa
Sedikit serbuk lada putih
Air secukupnya

Campur semua bahan biar pekat dan celupkan ikan.  Goreng hingga berwarna kuning keemasan.  Angkat.

Sos:
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Tiram
Madu dalam 2 sudu besar
Minyak utk menumis
Daun bawang
1 sudu besar tepung jagung + air  untuk memekatkan sos

Tumiskan bahan hirisan hingga naik bau.  Masukkan air dan masukkan sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan madu.  Masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air untuk tujuan memekatkan sos.  Tuang sos ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi.


RESIPI : SPAGHETTI BOLOGNESE EXPRESS


Ada masanya kesian dengan permintaan anak-anak....mana yang larat kita layankan aje....oleh sebab semalam masih ada lebihan sos dalam tin, jadi daripada dibiarkan nanti kering dan rosak, jadi menu arini seharusnya yang berkaitan jugak, iaitu Spaghetti Bolognese.....tetap menu mudah dan simple.....bila dah namanya bekal ke sekolah, harus bahan2 yang express sebab bekas pun ada 2 ruang je....jadi tak leh letak banyak2....

Yang jenuhnya bila nak berbekal ke sekolah, idea boleh tak de apa lagi nak cari yang paling simple dan mudah.  Sesetengah menu anak2 tak berapa suka bila kita cakap nak buat, jadi tiap kali nak buat kena tanya makan ke tak....n yang pasti kena check dulu kat pantry ada ke stok nak guna....

SPAGHETTI BOLOGNESE EXPRESS

1/2 packet spaghetti - dicelur

Bahan Sos
1/2 tin sos prego
1/2 tin tomato puree - tin saiz sederhana
1 tiub daging cincang
1/2 biji tomato - cincang
6-7 ketul cendawan dalam tin - hiris2 bulat
Minyak Zaitun
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Sedikit garam

Celurkan spaghetti ke dalam air mendidih yang dicampur dengan minyak zaitun.  Angkat bila telah masak, toskan.

Untuk sos, panaskan minyak zaitun.  Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.  Masukkan daging cincang dan masak hingga airnya kering.  Masukkan semua sos dan sedikit air jika perlu.  Letakkan mushroom bersama tomato dan garam.  Biar hingga masak.  Angkat.

Selalunya saya sediakan awal2 sebelum tidur pada malamnya, masukkan dalam bekas dan pagi esoknya saya akan panaskan semula sebelum packing dalam lunch box anak-anak.


RESIPI : Mini Pizza Express


Anak-anak nyer request nak bawak bekal ke sekolah.  Lama tak masak untuk bekal sbb ada 3 idea yang nak kena buat, bila banyak sangat kepala yang bagi idea, last2 pening kepala hehehe.....ye le kan, sorang nak nasi sorang tak mau sayur, sorang nak itu ini.....dulu2 buat tp lama2 pakat malu le pulak nak bawak bekal, tp smlm request nak bawak bekal le pulak, siap beli bekas dekat kedai DIY 2-3 hari lepas.

Idea paling mudah dan express je le yang pentingnya.  Maklum le, kelam kabut pagi2 mmg tak sempat nak mengadap di dapur lama2.  Maka jadi le express nyer mini pizza.

Mini Pizza Express

Roti Gardenia 6 keping
Isi Ayam Cincang - dalam 8 sudu besar
1/2 tin sos prego
5 ulas bawang putih - cincang halus
Oregano & Mix Herbs
3 slice cheddar cheese
Mozarella cheese - shredded
Cendawan - hiris bulat
Tomato 1 biji - dipotong dadu
Lada Benggala - 1 biji - potong dadu
Tomato Puree - untuk sapu di atas roti

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukkan ayam cincang tadi.  Kacau2 sampai masak.  Masukkan sos prego (bekas merah) dan kacau2 lagi hingga ayam betul2 masak.

Masukkan oregano dan mix herbs dan sedikit air.  Masukkan cendawan dan separuh tomato cincang tadi.  Biar sedikit kering.  Tutupkan api dan sediakan roti.  Lumurkan roti dengan tomato puree, letakkan isi ayam tadi dan tabur tomato, lada benggala, susun cheddar cheese yang dicarik2 dan last sekali mozarella cheese.  Panaskan oven dan bakar dalam 10-15 minit hingga cheese cair.  Siap.


Jeruk Petai

Al kisahnya dpt le sedikit petai dr boss....x tau nak masak apa sbb fikir2kan pun x de sapa nak makan....cuma saya sorang....rasa mcm malas nak masak lagi jadi sebelum buah kecut saya fikir baik buat jeruk aje le...



1. Hiriskan petai mcm dlm gambar
2. Didihkan air dan tutup api
3. Masukkan petai tadi sebentar dlm 3-4 minit sudah memadai
4. Dah berubah warna tu angkat
5. Kopek isi dan gaul dengan garam utk buang lendir
6. Masukkan petai dlm botol bersama garam dan cili api (x de stok cili api lak arini) dan biar 2 hari. Kemudian leh tambah asam keping dan garam jika air keruh.

posted from Bloggeroid

KEBUN KU : Buah Nam Nam aka Katak Puru

Baru2 ni masa pergi pasar pagi terjumpa buah nam-nam...atau saya panggil katak puru....buah ni buah kegemaran saya sejak kecil....susah betul nak jumpa tp dkt kampung2 masih ada org yang tanam.....

Balik kg aritu masa raya mak ada offer ambik anak pokok nam nam ni....saya mmg mcm org mengantuk kena sorong bantal. Tapi entah mengapa rasa mcm pokok tu x mau berkembang....dr tanam mmg x mati tp x de pernah keluarkan pucuk baru atau apa....entah apa x kena....tp saya biarkan sahaja. Anggapan saya pokok ni mmg lambat kot tumbesarannya.

Dan tadi semasa kemas2kan koridor tmpt saya letak semaian, saya terlupa ada biji2 nam2 tu saya campak dalam salah satu bekas semaian gara2 saya tak labelkan. Saya ingat nak ambil tanah dlm pasu tu utk top up dalam polybag sbb nak alih anak pokok timun kecil....tuang punya tuang tup2 jatuh 4 biji nam nam nih....keempat2nya sudah mengeluarkan akar....alamak....betul2 terlupa.....nah...ambik balik n timbuskan balik....huhu....harap2 x de apa2 n selamat mencambahkan diri semula....




posted from Bloggeroid

JUALAN TIKET TAYANGAN PERDANA "CHOWRASTA"

KHUSUS UNTUK WARGA PERLIS DAN BERDEKATAN

Tayangan Perdana CHOWRASTA lakonan Nora Danish, Dato' Rosyam Nor, Chem Amar, Fauzi Nawawi dan ramai lagi akan diadakan pada 10 dan 11hb September 2015 bertempat di UiTM Perlis.  Filem ini akan ditayangkan kepada umum mulai 03 Disember 2015.  Waktu tayangan adalah pada jam 8.30 malam.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pihak kami, Nina (0194242226) atau Fairuz (0174939366) untuk mendapatkan tiket bernilai RM10.

Nora Danish, Dato' Rosyam Nor, Chem Amar dan Fauzi Nawawi antara selebriti yang terlibat yg akan turun bersama2 menonton tayangan perdana tersebut nanti.

Cabutan Bertuah berupa IPHONE 6





BILIK BAKERI : Citer Hari Minggu Dari Bilik Kek


 MU Theme Cupcake
Tempahan Customer di Behor Mali


Kek Sheriff Kelly
Tempahan orang Changlun


Doorgift Vanila ngan Choc
 

KEBUN KU : SIAP MENGEMASKAN KEBUN!!


Rasanya ada 5% lagi x selesai....tanah 1 ela dah ulang usung utk ratakan tinggi rendah tanah, bata 500 biji siap susun mana yg patut, pokok dah siap masuk dlm kandang masing2.....tinggal nak beli tanah hitam utk bagi tinggi sikit tmpt tanam pokok....tp semalam sumer nursery tutup le pulak....stop le kejap kerja....hasil kerja keras nak buat kebun sekangkang semut ini rasanya dpt le tangan kasar ngan bina muscle huahuahua....patut le tukang urut selalu ckp bahu gue ini keras gituh...selalu angkat berat...tp penatnya tuhan aje yang tahu...tak terkata....tp sebab fikirkan tak mahu selerakkan kawasan depan rumah nanti jiran marah, maka paksa diri 3 hari berturut2 bekerja keras siapkan semua kerja.

Jemput le cuci mata di kebun sekangkang semut hamba.....terasa seperti dah tak cukup tanah tp rasanya masih banyak pokok yang belum ada dalam simpanan.  Sekarang semua pokok terpaksa le berhimpit2 mencari ruang, share sedikit seorang sahaja.


Dlm petak : Pudina, Pegaga, Daun Kunyit, Pandan Biasa, Pandan Wangi, Pepangi, Lemak Ketam, Temu Pauh

Koridor atas ada cekur hitam, cekur hijau, cekur batik, bangun2, belalai gajah, beluntas, kemangi hitam, kemangi hijau, kesum, kaduk, stevia, kunyit merah, temu pauh, ginseng jawa,


Petak atas : Cemumar Hijau, Cemumar Hitam, Serai, Mulberry, Turi, Kesum, Pucuk Midin, Patah-Patah...yg bertudung tu petak sayuran bersama pokok durian belanda, mempelam telur, mempelam harum manis


Kiri ke kanan : Kacip Fatimah, Belimbing Tanah, Jintan Hitam, Cekur Batik, Lengkuas. Depan: Akar Dani, Gajus


Ruang yang masih tak kemas.....tp by semalam sumer dah selesai dikemaskan.

Kiri ke kanan: Capa Sembong, Asin-Asin, Susu Beruang Merah, Bunga Kantan, Kacip Fatimah

Dalam proses nak tanam cuma pokok Derhaka Mertua...yg tunggu stok sampai cuma serai wangi, serai acheh, halia bentong, tebu telur, tebu hitam, ubi kayu....alamak....mana nak letak kikiki....masih berhajat nak dapatkan pokok salam, mata itik, serai kayu, tenggek burung.....tp rasanya kena cari pasu besar if nak tanam yg tu.....space tanah dah tak mengizinkan pokok besar2 ditanam atas tanah lagi....

Berkebun betul2 ambik masa....lagi2 menyemai dr anak benih....ada yang kuar, ada yang tidur terus.....tak tahu nak kuar ke tidak...apa pun memadai le apa yang menjadi setakat ini.....ada yang dah alih ke batas di bawah....yg ni sumer tak berani nak letak kat bawah, semua saya semai di koridor atas......jadi selamat le dari en2 siput.....

  

Ni anak arugula ngan tomato ceri...

  

Ini timun batang dengan kacang renek...

  

Kacang Buncis dengan butternut squash


  

Cili Jambak ngan Cili Solok...


Bendi

 

Testing teknik hidroponik.....bayam, salad, sawi sumer dah naik, ketumbar je tak naik2 gak....


   

Semaian baru....ini semua jenis2 sayur bukan tempatan so tak tahu leh naik elok ke tidak....tawakal sahaja le...

Banyak lagi sayuran lagi seperti bunching onion, carrot mini, lettuce yang dah kuar tp masih terlalu kecil n sangat fragile....


Ini adalah anak bunga safflower.....bunga safflower adalah cheaper version pengganti saffron yang merupakan sejenis bunga pewarna termahal di dunia.  Saya dapat percuma anak benih ini semasa pembelian benih dari China.  Di bawah ini le rupa bunganya.  Harap2 membesar bagai johan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...