TESTING BOXY BOX


Bila stress sebenarnya lagi semangat nak menggodek...mlm ni kita suka2 testing boxy box lak...huru hara jahit haha tp yg penting kena ambik kain, kita guna perca2 kain je pastu potong n cuba jahit....ok not bad le tara main redah je...benang x tukar kaler, tapak zip malas tukar jugak...serba serbi malas tp nak gak menjahit... janji dpt le idea guane nak belasah lain kali....dah..sleep time...off mesin....

posted from Bloggeroid

MENU BEKAL LAGI...

Stok ayam dah kehabisan...x de masa lagi nak kuar beli brg basah....ada seketul bahagi2 utk 4 orang ni je....jadi tambah je kentang bagi lauk sikit hehe....tambah sikit telur dadar... alhamdulillah dah kenyang pagi ni....



Sambal Kentang dengan Ayam dan Telur Dadar

posted from Bloggeroid

HAPPY BIRTHDAY IHSAN

Kek carot ni request dr my fren untuk anak bongsunya.....siapkan kek ni ngan frosting cream cheese...seronok besday boy dpt potong kek....



posted from Bloggeroid

TELEKUNG KANAK-KANAK

Telekung ni tempahan untuk anak2 umur 3 dan 5 thn...ukuran ni ukuran standard so harap2 sesuai le dipakai...kali ni saya pilih untuk buat ropol sesuai untuk anak2 kecil bawah umur lagi....






posted from Bloggeroid

MENU BEKAL - NASI GORENG KAMPUNG


Untuk bekal hari ni, kita siapkan yang mudah2 sahaja....cuma Nasi Goreng Kampung, untuk mama ngan papa...tambah sikit timun jepun ngan pisang....

NASI GORENG KAMPUNG

5 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis - dua bahan ini ditumbuk
1 sudu besar cili boh

Isi ayam - hiris dadu kecil2
Ikan bilis segenggam - digoreng garing terlebih dahulu
3 biji telur
2 urat kacang panjang - hiris kecil2
2 btg sayur sawi

3 pot cawan beras - dimasak terlebih awal, sejukkan.

Tumis bawang putih yang ditumbuh dengan ikan bilis hingga naik bau dengan sedikit minyak.  Masukkan cili boh, tumis garing.  Masukkan ayam dan biar hingga ayam masak.  Ketepikan di dalam kuali, dan masukkan telur.  Kacau2 sebati semuanya.  Masukkan nasi putih dan kacau lagi.  Masukkan sayuran, ikan bilis goreng,  Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

POKOK DUKUNG ANAK aka AMIN BUAH aka KEMAN JOLOK DAN POKOK DURIAN BELANDA


Pokok dukung anak atau pun dikenali sebagai Pokok Amin Buah sebenarnya antara pokok yang banyak tumbuh di dalam pasu dan kebun saya.  Saya tak tahu khasiatnya atau pun namanya sehingga seorang sahabat bertanya jika saya ada menanam pokok tersebut kerana dia ingin gunakan buat mengubati ulcer.  Balik sahaja ke rumah, terus saya geledah2 dalam pasu, banyak rupanya.  Masuk pulak ke kebun, rupanya ada sepasu tumbuh segar je sekelompok mereka.  Terus sahaja angkut pasu tersebut untuk diberikan kepada sahabat tadi.  Tak perlu dah nak cabut2.

Katanya keseluruhan pokok ini berkhasiat untuk digunakan dalam perubatan tradisional seperti mengubati aneamia dan asma.  Juga mampu merawat luka, kudis buta, demam kuning, cirit birit dan juga gigitan ular.  Walau bagaimanapun, pokok ini tidak berbahaya untuk dimakan dan selamat untuk diamalkan.  Wallahuallam.

Nampaknya lepas ni tak perlu le nak dibuang2 lagi pokok tu dari pasu.  Kita biarkan aje.



Anak pokok durian belanda ni antara beberapa pasu yang tumbuh sendiri dr buah yang jatuh ke tanah di kebun.  Kemudian, saya semai balik ke dalam pasu kecik2 untuk diberikan kepada rakan yang berkehendak.  Alhamdulillah, banyak betul pulak anak pokok yang tumbuh.

PROJEK MENGEMAS BILIK JAHIT


Mengemas bilik jahit penting untuk bagi mood menjahit tu datang....sebab tu rasanya selagi tak puas hati, selagi itu le saya tetap mengubah-ubah kedudukan.....tak tahu dah berapa kali saya ubah....

First di tahun 2017 ni, saya buat overall makeover dengan letak wallpaper....cari yang murah2 aje di Mr DIY....berbaloi le untuk buat2 sendiri.....cuma RM8.90 untuk 5 meter panjang.....setakat yang dah buat tu saya guna dalam 7 gulung wall paper.....untuk border pun cukup sekadar segulung 10 meter RM3.90 kot kalu tak silap....tu pun masih berbaki lagi....

Rak putih tu saya tempatkan sebahagian buku menjahit untuk rujukan....


Meja tempat saya potong kain dan stok2 kain untuk saya bereksperimen atau untuk tempahan....



Rak ni saya beli dari Lazada, untuk  rak guna abs steel putih ni dalam RM89.00 satu, saya beli 2....then dapat rebate 20% lepas redeem dari Maybank nyer putar dan menang kat M2U online....


Rak hardware je....beli dkt supermarket je...


Yang ni beli di Kedai RM5....sekarang dah jadi RM5.30.....


WELCOME 2017


Lama betul rasanya tinggalkan blog ni.....but now I am happy to move on.....hidup ni orang kata tak mati dek keji, tak hidup gak dek puji.....jangan difikir sangat kerenah manusia, x membantu pun....

Ok le...mulakan tahun baru ngan semangat baru....selepas down beberapa ketika, mcm rugi masa pula bila ingat balik.....skrg x mahu fikir sangat, kita fokus mencari yang lebih berkat dalam hidup....biar orang mengeji, jangan cepat melatah....

Nak citer psl tahun baru, atas request anak-anak....maka mula2 paksa le diri gak untuk buatkan mereka bekal....sekarang musim lauk2 basah mcm ikan pun sangat le mahal, ayam pun asik kehabisan di supermarket besar2 pun.....this is not type of bento le..anak2 dah besar dah pun, tak perlu fancy2 deco semata nak suh anak makan....ini menu berat untuk orang2 dewasa dah pun.....tiap2 hari tak de le perlu bangun seawal 4 pagi, memadai kul 5.30 atau kul 6, yg penting mana-mana lauk yang masih beku tu, sebelum tidur dan kuarkan untuk defrost.....nasi n sumer lauk mmg masak fresh2 bila bangun tuh....sempat aje...10-5 minit sebelum kul 7 pagi kami dah kuar rumah untuk antar anak-anak ke sekolah....

Peminat setia menu bekal tiap2 hari mmg le si kakak, katanya kelas jauh dari kantin sekolah...masa rehat x cukup untuk berkejar2 ke kantin....kesian le pulak kan....la ni bila masak ada lebih, terus le automatik mama n papa pun makan bekal dari rumah gak....mula2 makan kat opis, pastu en papa ajak bawak bekal makan kat cafe.....nampak gaya nya pasni kena pk menu2 gempak sikit sbb ni salah satu langkah berjimat cermat kan....



Mee Goreng ngan Muffin


Ayam Masak Kunyit Asam ngan Telur Dadar


Ayam Masak Merah ngan Taugeh Goreng

PAVLOVA


Pavlova in the house for my customer.....for those with sweet tooth...do it on ur own..

120 gm egg whites
200 gm castor sugar
1 tsp vanilla essence
1 tsp cornflour
1 tsp vinegar

Mix egg whites n sugar until soft peaks. Add other ingredients n continue mixing till stiff peaks. Bake for 1 hour 150'C. Leave in the oven for another 1 hour. Decorate as you like
signature nina

Menu 1st Iftar




Lama tak menjengah blog.....mood berblogging dah kurang....tp cuba juga update untuk simpanan masa hadapan dan buat rujukan.....untuk 1st iftar kali ni takde yang fancy2.....walaupun sekarang dapat balik kerja lebih awal dari biasa, tetap gak rasa tak cukup masa untuk buat macam2....

Gulai Kerutub Itik

Itik
3 sudu besar rempah kerutub - jadikan pes
1 kotak santan atau secukupnya
Air secukupnya
2 batang serai
1 sudu besar Kerisik
Gula Pasir secukupnya
Sedikit air asam jawa
Kisar Halus
4 ulas bawang merah besar
3 ulas bawang putih
Halia
Lengkuas

Bahan Tumis
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih

Tumiskan bahan tumis.  Masukkan bahan kisar dan serai dan tumis hingga pecah minyak.  Masukkan itik.  Gaul rata.  Masukkan air, air asam jawa, santan, gula secukupnya dan garam.  Masukkan kerisik.  Masak hingga pekat.

SAYUR PAPRIK

2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
Sedikit air
Pelbagai sayuran
Saya guna karot, kacang peas, kacang buncis, putik jagung, terung (goreng sedikit)

Tumiskan bawang putih, masukkan sedikit air.  Masukkan sos tadi dan masukkan sayuran.  Siap.



Untuk pemanis mulut, hanya yang simple2 sahaja....cuma ubi kayu yang telah direbus, dibuat sira dengan gula melaka + gula pasir dan sedikit air, sedikit bunga cengkih dan juga daun pandan.  Didihkan hingga pekat dan gaulkan ubi kayu tadi sekali.







signature nina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...