Ari ni aku cakap malay pulak....suka hati aku ler kan....hehe
Actually aku terpanggil untuk bercerita pasal ini hari ni........kawan2 ingat aku baru jer berjinak2 dalam dunia cake decorating ni.....hehehe.......maybe sbb blog aku pun masih baru........tp blog ni aku baru create sbb dulu aku mmg active dlm fotopages. Selepas beberapa problem ngan fotopages, aku switch to blog. Kemudian aku tutup fotopages, selepas tu baru ler bermula agenda aku dalam dunia blogging pulak.
Aku mula terjun seriously dlm biz ni sekitar tahun 2005 kalau aku tak silap ler....mmg dah lama.....masa tu seingat aku, tak ada lagi orang yg seriously dlm cake decorating via dunia tenet ni sekitar utara. Kedai2 tu of course ler dah banyak, tp yg biz online ni ada beberapa kerat jer termasuk aku. Kemudian dari situ ramai yg suka reiki2 dari aku dan aku willingly share dengan mereka. Aku sempat aktif dkt forum Cari, kemudian menjadi moderator untuk satu forum masakan yg dikuasai geng2 singaporean. Tp sekarang aku dah tak aktif dengan forum2 ni sumer sbb terikat dengan masa. Sekarang mereka yg suka reiki2 ni dah pun jadi cikgu2 pulak, cuma aku jer yang masih berada di takuk yang sama sbb aku tak minat nak mengajar. Bukan tak suka kongsi ilmu tp aku tak suka mengajar. But soon aku terpaksa ler ubah statement tu.....(perhatian ya......still aku tak akan bukak kelas tp aku alukan apa2 pertanyaan via online hehe......)
Sapa yg kawan ngan aku tahu aku suka bimbing dia orang......dah ramai pun yg dah yakin untuk mula mengaktifkan diri di dapur. Aku ni tak kedekut ilmu tau......jangan lak ada yang siap query camne aku leh reti buat........ini sama kes mcm belajar dulu tau......nak jadikan citer, bidang kami ni mmg selalu kena praktis menaip.....tp aku ni salah sorang yang tak pernah turun praktis kat bilik menaip......tp bila aku score markah penuh dlm ujian, depa sumer heran......depa kata aku tak pernah turun praktis......mcm mana leh score.......skill ya.....ini skill....bagi aku first lesson is the main ingredient, x perlu ulang2 belajar..... dan yg paling utama sebenarnya aku tak suka menghabiskan ribbon typewriter aku utk latihan......masa tu duit bukan ler mudah dapat.......aku simpan ribbon untuk peperiksaan akhir....sbb tu aku tak turun berlatih.
Salah sorang teman aku yang suka baking adalah teman masa study aku si Tina. Dia mmg suka reiki mcm2 resipi, dah mmg reti tp tak berani nak ke depan.....dulu2 jenuh aku paksa, siap aku hadiahkan mcm2 nak soh dia belajar lagi advance. Pastu aku paksa dia soh belajar deco, mcm2 alasan dia bagi.... Penat tau paksa budak ni......dah bertahun......skrg jer baru dia berani......dan dah ada pelanggan sendiri dah pun. Dah siap advance dr aku lagi tu tempah stamp pad.....aku pun tak dak hahaha. Adakah aku kedekut ilmu atau takut dia curi pelanggan aku gitu? Hehe.....dok ya......dia dok tak jauh pun dari aku, kiranya patut aku bimbang kot kena cantas dek dia....tp aku percaya ngan rezeki. Buat kerja biar ikhlas dari hati......
Nampaknya yang dah berjaya sudah pun melupakan aku tapi itu tidak pernah membuat aku kecil hati. Sekarang pun kalu cuba2 reiki resipi ngan depa pun dah tentu2 tak mau share.....adat ler orang melayu kan.....takut satgi aku pintas jalan ler kot.......pastu yang lawak tu siap bagitau takut cikgu depa marah share2 resipi.....sampai tahap tu kedekut ilmu ya.....kalu nak tahu pun kena mai kelas dulu, kena bayar......hehe.....ini pun terjadi gak pada chef2 besar kat mesia ni......jangan ler tanya cara atau hal lain selain modul kat kelas, mmg tak mau citernya.......sbb sumer berbayar......tp bagi aku tak ada hal.....ilmu untuk dikongsi....orang tanya aku ajar....
Sewaktu aku mengikuti kursus ngan MARA, aku sudah pun aktif dengan biz aku. Jadi, nak kata dari situ pemangkin aku terjun ke dunia biz ni, tak ler jugak. Cuma masa tu aku tak kenal teknik2 biz ngan tenet ni lagi. Kiranya aku bermula dengan biz ini tanpa mengenal apa itu tenet. Boleh ler nak dikatakan bahawasanya aku bermula dengan zero knowledge, tanpa belajar dengan mana2 individu tetapi dek kerana minat yang sejak kecil telah aku ada, maka aku berdikit2 sendiri. Kalau hendak dikira gagal, rasanya sudah berkali2.....itu adat.
Walaupun pada perancangan asalnya aku akan melapor diri untuk menyambung pelajaran tetapi dengan pilihan yang diberi oleh suami, membuat aku berfikir berulang kali. Apa tujuannya aku hendak sambung belajar, kata suamiku sekiranya aku benar2 ingin menambah ilmu, dia cadangkan aku belajar sesuatu yang berkaitan dengan minatku. Aku terpaksa menolak tawaran yg ada dan menerima cadangan suami yang akhirnya membiayai kursus aku di ICCA. Itu pun setelah 4 tahun aku serius dalam dunia hiasan kek!! Aku pergi menambah ilmu kerana rata-rata orang luar memandang rendah pada keupayaan aku walaupun aku mempunyai pengalaman yang mungkin lebih lama dari tokey2 kek yang sedang rancak berniaga sekarang di samping sudah pun rancak buat kelas pulak. Orang lain sememangnya lebih jauh berilmu dari segi kutipan sijil kerana aku tidak berdaya hendak mengumpul sijil di dalam portfolio aku. Pertama, aku cuma berurusniaga secara sambilan sahaja, Kedua, anak2 aku yang 3 itu pun masih kecil dan amat memerlukan perhatian aku sepenuhnya, Ketiga....aku sendiri tidak ada masa yang berlebihan untuk 'mengulangkaji' apa yang aku telah belajar di kelas, jadi rujukan aku paling terdekat hanyalah buku - rugi gak aku pi kelas bila x dapat nak praktik. Keempat, itu semua memakan modal sedangkan aku perlukan modal itu untuk digunakan bagi pelbagai keinginan aku yang lain.

Bercerita tentang pengalaman, tempahan pertama yang aku terima adalah dari rakan sekerja @ sahabat baik aku, bermula sblm fp aku dilahirkan. Kemudia baru ler fotopages aku lahir yang aku namakan sempena nama anak aku yang bongsu iaitu
http://babybatriesyia.fotopages.com/ , mmg seronok ya tatkala melihat fp aku sentiasa dikunjungi dan sentiasa berada di dalam senarai 99 most popular fp saat itu.....apa lagi dapat berkongsi pelbagai ilmu dengan rakan2 dunia siber......tp aku dah tinggalkan sumer tu......itu sumer dah jadi kenangan.
Pasal tempahan kek ni, rakan aku ler penggerak semangat sebenarnya. Tempahan pun tak ubah untuk membantu aku memahirkan diri. Waktu itu aku masih merangkak-rangkak, kalau bermain dengan buttercream pun, tidak pernah ada yang menjadi......walaupun tika itu ku rasakan buruknya hiasan aku, tapi tidak pernah sekali pun sahabat-sahabat ku ini mengutuk atau mematahkan semangat aku. Walaupun awal2 dulu hubby tak sokong sangat, tp skrg ni Alhamdulillah ler......kalu tak de dia, susah gak sbb dia ler jadi supir aku sekarang ke hulu ke hilir. Hehe....itu ayat hubby aku ler......dia kata dia jadi drebar aku.......tp apa pun tq aaa papa.....oven besar kat umah tu pun dia yang hadiahkan untuk aku.....

Ini ler antara first kek yang aku deco untuk kawan aku (aku lupa mana satu yg pertama kali buat...hehe) Masa tu aku tak ada tools atau kelengkapan yang cukup untuk deco ala2 extravaganza. Buat pun ala2 nak nampak mudah jer.
Sebenarnya semua yang aku buat ni mmg hobi2 aku......aku mmg suka baking2 ni sejak kecik lagi, dulu2 biskut raya pun aku ler tokey nya.....sbb aku sorang jer yg rajin membuat......adik2 aku sumer x minat nak tolong......buat pun yg dia orang nak makan jer.....tiap kali raya mesti makcik2 aku tunggu apa jenis cookies yang aku explore lak......sbb aku ni suka benor mencuba......paling kurang atas meja sampai 12 jenis aku buat tiap kali raya.......makcik2 aku mesti try satu2 tiap cookies tu......pastu aku mmg suka jahit2 ni, sbb sblm aku rajin baking2 seriously ni, aku mmg selalu attend kursus menjahit......personally pi belajar pun aku pernah, siap hubby aku pi reiki kedai jahit soh ambik aku jadi pelajar.....pernah aku usung anak kecik aku atas riba sbb nak belajar menjahit.....tiap2 minggu aku drive ngan baby masa tu.....kalu ikut aku boleh menjahit mcm2 tp skrg aku tak cukup masa jer rasanya......upah pun pernah aku ambik sejak aku dok kat kelantan lagi sekitar tahun 1997......aku pun pernah ambik upah buat cross stitch......aku ni suka sumer pasal seni dan kraf....dalam famili aku pun kebanyakan sepupu sepapat aku terjun dalam bidang2 gini, cousin aku Azliza yg dok kat Damansara mmg aktif ngan gubahan walaupun dia kerja tetap jadi cikgu, citer dia pun pernah masuk paper.......sepupu aku ni glamer sikit tak mcm aku, aku reserved jer.....lagi orang tak kenal lagi aku suka.......tp bukan ler aku sombong, dah mmg aku gitu.....masa kat itm pun tak dak org kenal pun......hmm ada gak famili aku yang mmg kreatif mencanting batik dan biz batik......cuma bidang seni tang menyanyi ni aku tak de ler reti sbb sore aku tak sedap, jadi aku nyanyi dalam jamban jer.....ahaks......tu pun kalu katak dengar mmg hujan ler......hahaha.....bab melukis lak, aku rasa aku mewarisi bakat arwah abah dalam soal2 melukis ni.....begitu jugak adik2 aku.....teringat lak kat arwah cikgu jefri yang selalu menggalakkan aku aktif melukis......tp sayang, aku kurang yakin waktu itu....
So, that's it for today......i'll stop right now talking nonsense about my hobby.....Just a bit story for someone who accidentally came across my blog so you could get to know me better.....
TQ