Tuesday, July 21, 2009

~Weekend Menu~



Seafood Tomyam

Udang
Kepah
Filet Ketam

1 1/2 cawan air limau nipis
Daun Limau Purut
Daun Ketumbar

Bahan Kisar Halus
Lengkuas
Halia
Cili Merah
Cili Padi
Bawang Putih
Bawang Merah
Cili Kering

Isikan air ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar tadi dan biarkan hingga ia mendidih. Masukkan pula makanan laut tadi bersama air asam limau tadi. Biar mendidih lagi dan masukkan daun limau purut. Perasakan jika perlu dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.






Sup Ayam

Ayam dipotong2 kecil
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kayu Manis
Pelaga

Serbuk Sup Faiza
Ubi Kentang
Bawang Besar - dipotong
Daun Sup
Daun Bawang
Tomato

Bahan Digoreng Berasingan dengan Sedikit Minyak

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia

Masukkan ayam ke dalam periuk yang berisi air. Biar mendidih sebentar. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk berisi ayam. Masukkan serbuk sup, ubi kentang dan bawang besar. Akhir sekali masukkan tomato, daun sup, daun bawang dan perasakan dengan garam @ gula mengikut citarasa.

1 comment:

blogresipi said...

Alahai seafood tomyam... nak hirup2 jer rasanya.. sedap tue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...