JALAN-JALAN CARI MAKAN - PAK BARA, SATUN, THAILAND



Perjalanan ke Pak Bara dari sempadan Perlis-Satun melalui Wang Kelian memakan masa sekitar 40 minit sahaja...selepas urusan imigresen selesai, perjalanan melalui jalan kampung biasa sahaja.  Biasanya akan ada road block sebaik melepasi imigresen thailand, jadi bersedia dengan borang-borang yang berkaitan walaupun sekadar nak ke Pak Bara balik hari sahaja.  Pertama, make sure anda ada insurance, borang putih kebenaran bawa kenderaan masuk ke Thailand, yang terbaik maybe anda siap sedia buat lesen memandu antarabangsa n of course, border pass atau passport kesemua yang di dalam kenderaan.  Thailand ni mmg pemandangan biasa melihat polis di sepanjang jalan.  Rasanya ramai betul polis mereka ya....

Pak Bara adalah port pertama kami singgah, sebelum meneruskan perjalanan ke Songkla.

Port makan ni tak jauh sebenarnya dari Pak Bara Pier....jeti pelancong untuk ke Koh Lipe, Satun.....setakat nak ke Satun ni makan-makan, border pass pun sudah memadai.  Koh Lipe terletak dalam daerah Satun, jadi tidak memerlukan penggunaan passport.  Penggunaan border pass hanya dikeluarkan bagi mereka yang bermastautin di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis, Hulu Perak (selain dari Hulu Perak tidak boleh menggunakan border pass) dan Kelantan sahaja, dan penggunaan border pass hanya untuk negeri-negeri Thailand yang bersempadan dengan negeri2 Malaysia seperti Satun, Yala, Songkla dan Narathiwat sahaja.


Sepanjang pantai sebelum sampai ke Pak Bara Pier, mmg sudah berderet kedai makan thai muslim, memandangkan majoriti penduduk di sini adalah dari salasilah melayu kedah, jadi ramai orang muslim.

Nak makan kedai mana, leh pilih je....sebab sumer kedai di tepi pantai ni sederet sahaja dan sebelah menyebelah....kami pilih restoran pertama...






Menunya mmg sedap2, lebih-lebih lagi tomyamnya....kami penggemar thai food, jadi licin sumer kami ratah hehe...




Pak Bara
Pak Nam, La-Ngu District
Satun 91110
Thailand


JALAN-JALAN CARI MAKAN - WARUNG KLASIK






SHORT VACAY TO SONGKLA, THAILAND


It's our short vacation to Songkla, Thailand dengan anak-anak.  Kali ni memilih untuk menginap di sini, di Songklakeeree Resort, Songkla.  Untuk penginapan yang selesa, kami pilih untuk menginap di Chalet Family Room dengan 2 bilik dan ruang tamu yang selesa, ada 3 televisyen disediakan, 1 di tiap bilik dan 1 di ruang tamu.

Songkla Keeree Resort
Kaho Rup Chang
Mueang Songkla District
Songkla
90000 Thailand


Di sebelah ruang tamu adalah ruang makan, ada disediakan meja makan sekali dengan peti ais.  Agak selesa di sini, parking pun dalam kawasan hotel dan agak terpencil.






Next, kita ke Sakom Beach, Amphoe Thepha, Songkla, Thailand....

BERKELAH DI GUA KELAM, PERLIS



Our adhoc plan....mmg mcm lipas kudung godek2 dapur sebab tiba-tiba en hubby ajak pergi berkelah....mmg sejak anak-anak dah semakin besar, berkelah dah x menjadi rutin...masa kecil2 dahulu, berkelah ni ibarat aktiviti hujung minggu.  Seronok juga bila anak-anak dah besar mula rutin berkelah mcm biasa.  

Menjengah Gua Kelam agak lewat dalam pukul 2.30 petang pada hari bukan hari cuti, lebih selesa sebab orang tidak sebegitu ramai.  Jadi banyak spot untuk duduk berkelah.

Saya pun dah lama tidak menjengah Gua Kelam, bertahun2 rasanya.  Banyak yang improve le daripada dulu.


  

 
 


Yang penting, anak-anak gembira.  

MENU BEKAL - AYAM MASAK KICAP



Menu simple2 je....buat bekal di pagi Jumaat ni....untuk saya breakfast mesti 'like a king'...part lain no problem utk skip, tp breakfast x boleh....

AYAM MASAK KICAP

Ayam - potong kecil2, gaul ngan kunyit dan garam, goreng separuh masak

Halia - hiris halus
Bawang Merah - hiris halus
Bawang Putih - hiris halus
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga

Cili Boh
Kicap Pekat Manis
Air Asam Jawa
Garam/Gula jika perlu
Lada Merah - hiris serong
Bawang Besar - hiris bulat
Daun Ketumbar

Tumis bahan hiris, dan kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Masukkan cili boh dalam 1 sudu besar. Masak hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, kicap, ayam dan bahan2 lain.

posted from Bloggeroid

TEMPAHAN KEK

Tempahan kek bertemakan adiwira, Spiderman....alhamdulllah customer puas hati....kek ni 10 inch nyer kek, double layer....dalamnya saya mixkan dengan colour sprinkle so bagi color2 sikit n crunch sikit.....





Next cake ni untuk staf en hubby nyer wedding.....
 

COMBO SET DONE! TQ...




Alhamdulillah, done on combo set order....n alhamdulillah dapat feedback yang baik dari customer.....soon buat lagi cuma belum pasti bila tu....penat seh nak buat satu2, nak menyusun lagi sorang2 nih.....

LEMPENG NYIOQ aka PEKNGA

Masa kecik2 dulu, makan lempeng itu adalah biasa sangat bagi kami sekeluarga. Satunya itu menu paling jimat untuk yang ramai anak2 kecil. Seingat saya, x pernah rasanya mak buat
lempeng letakkan kelapa... versi Kelantan gitu le...biasa cicah je ngan kelapa parut muda yg gaul ngan garam.

Bila dah duduk di utara, baru le kenal peknga ni...saya pula species suka sangat makan kelapa muda...kecik2 dulu bila mak sibuk parut kelapa tua ngan pengukur kelapa, saya duk depan tunggu serpih2 isi kelapa besar pastu ambik n ngap hehe...



Kebetulannya, pokok kelapa pandan depan rumah skrg ni asik berbuah tp asik gak x pernah sempat nak kait n makan....ari minggu tu buat projek kemas2 kebun, pastu kait sekali buah...memandangkan kelapa ada isi x lembut atau keras tp pemarut atau pengukur x ada, so buat je le Peknga...





PEKNGA

Isi kelapa (yg sedang2) yang dikisar dengan air secukupnya
Tepung Gandum
Garam
Gula

Sebatikan semua bahan dan boleh dimasak. Cicah ngan kuah kari....saya x de ikan, jadi kita buat ikut je apa yang ada dlm peti ais...saya guna isi udang...suka2 hati je kan...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...