~2 Tier Cake 4 Nurul~




Nurul tempah 2 tier cake ni untuk majlis perkahwinannya......Nurul pilih pakej D as dlm promosi aku.....10 in and 6 in chocolate cake......kata Nurul nak ala2 english garden.....aku pilih konsep roses sbb aku rasa roses agak sinonim ngan wedding cake.....

Aku suka tengok konsep di majlis Nurul.....sweet je.....dah le melangkah je masuk harum semerbak bau di dalam rumah dan di dalam bilik......alahai.....syok le pulak.....mesti majlis Nurul grand.....on the way nak balik pun terserempak ngan Datuk Seri MB Perlis datang bawakkan hadiah untuk majlis perkahwinan Nurul....

Selamat Pengantin Baru buat Nurul....

~Hazura's Blue & White Theme~


Kek fondant tema putih dan biru ni order dari Hazura......bersama2 dengan muffin......seronok betul dapat bereksperimen dengan mcm2 pesen fondant cake dalam minggu ni......mcm2 idea nak buat tp kesuntukan masa mmg mencabar betul......

TQ Hazura sekali lagi for being a very good customer......


~Simple Cuppies 4 Fiza~


Cuppies ni opismate order.....yang 4 biji ni cuma untuk makan2 katanya....yang kat bawah untuk present kat kawan baiknya.....tq Fiza.....

~600 pcs Orange Choc Chip Muffin~



600 pcs Orange Chocolate Chip Muffin ni order dari Hazura untuk majlis perkahwinannya, untuk diletakkan dalam goodie bag.....semua muffin aku isikan dalam plastik tapi tak sempat nak snap gambar sbb bila dah bnyk benda nak buat satu masa, mmg ada le yg tertinggal nak buat...

TQ pada Hazura kerana membuat tempahan dengan aku.....senang sangat berurusan dengan Hazura dari awal sampai akhir......mmg seorang customer yang tak banyak kerenah dan langsung tak cerewet.......jadi kerja aku pun jadi senang......walaupun aku sorang2 terkontang-kanting bergelumang menyiapkan 600 biji muffin ni tp secara keseluruhannya aku puas hati...aku mula kul 9 pagi, siap bakar semua dlm kul 4 petang......malam baru start packing......masa packing en hubby sudi menolong jadi ringan sikit kerja.....

~Syuhada's~


My big thank you untuk Syuhada sbb order ni....Syuhada just request a 6 in fondant cake.....mmg very the mini one le....actually aku tak buat tapi memandangkan ada permintaan dr Syuhada, so aku cuba tunaikan....thanks...

~Puding Marble & Puding Oreo~


Puding Marble dan Puding Oreo tempahan dari Wani.....mungkin untuk makan2 je kot....tak pasti lak if ada event ke apa wani tempah puding tu.....tq ya Wani.....hope u like it....and thanks sudi datang pick up, sori tak dapat jumpa coz tengah kalut bergelumang di dapur....hehe

Sori le oreo tu tak sempurna lak jadinya sbb panas2 adunan tu melembutkan biskut oreo dan terus tenggelam le pulak.....aiseh....

~Bride & Groom's Cake~


2 kg choc cake (exact weight 2.8 kg actually ) ni tempahan dari Nadia....x sure untuk majlis siapa.....Nadia request bride and groom di atas kek.....betul2 menduga iman nak menyiapkan tempahan.....dah le otak blank, susahnya nak mencari idea....nak siapkan bride and groom pun kelam kabut sebab tiba2 Nadia sms bagitau nak ambik keesokan harinya.....kalu ikut jadual asal nak ambik 3-4 hari lagi.....

Rasa nak luruh jantung, dah le kek belum bakar....belum deco.....bride and groom belum buat lagi....tiba-tiba je sakit kepala datang....susah gak hati takut tak mencapai piawaian bila buat dalam kelam kabut....tapi apa nak buat, tempahan kena siapkan jugak.......cuma boleh berharap Nadia puas hati.....


Apa pun, tq ya Nadia.....glad dpt menyediakan tempahan itu untuk Nadia....

~Cuppies Nama~


Lama betul aku ambik masa nak update cuppies kali ni......sebetulnya penyakit malas yang terlebih ada dlm kepala.....tapi memandangkan dah bnyk hari gambar2 terperuk dalam kamera, kamera pun memori dah makin kureng....so aku curi2 masa le sikit untuk update......

First, order dari Za untuk budak2 pra sekolah......request untuk letak nama2 je....sori ya Za sbb lambat update.....and terima kasih kerana sudi order....


~Gubahan Coklat~



Gubahan ni tempahan dari opismate......ngan warna pilihan biru turqoise dan silver.....ini gubahan coklat.....memandangkan customer nak bawak travel jauh, so aku siapkan gubahan tu dalam bekas2 khas supaya coklat tu mudah dibawa.....


TQ

~Order Dari Niza~



Cuppies ni order dari Niza....tima kasih ya Niza untuk order ni......
Salam Kak Nina,
 
Kak, cupcakes tu mmg sweet sgt2. saya suka. colleagues sy pn cakap cantik, kek sedap, icing pun kurang manis. bos2 yg xsuka manis pun cakap ok, sedap.
Thanx ya kak, Insya Allah nnti sy order lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...