Saturday, March 4, 2017

ACAR BUAH

Kemas nyer kemas bnyk lak stok asam2....so decide buat acar aje le....cara sendiri campur saja apa nak letak...

ACAR BUAH

500 gm pelbagai asam buah/jeruk (rendam sekejap dalam air biasa dan tos, buah yg besar2 tu leh potong kecil2 - jimat2 gitu..)

Kisar:
5 ulas bawang putih

1 biji bawang merah besar
5 hirisan nipis halia

Kulit kayu manis
Bunga Lawang

2 sudu besar kari daging
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar puri tomato

1 senduk gula
Cuka makan secukupnya
Garam secukup rasa
Bijan - goreng tanpa minyak sekejap

Panaskan minyak, lebihkan minyak untuk bagi acar tahan lama. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan kisar dan cili boh. Biar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan, puri tomato. Masukkan cuka. Kacau biar sebati. Masukkan buahan tadi, gula secukupnya dan garam. Gaul seketika. Bolehlah diangkat dan tabur bijan. Gaul.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...