Wednesday, February 6, 2013

~Tart Nenas~



Tart Nenas ni biasa saya buat time raya.....hari2 biasa saya tak buat....tp sehari dua ni ada request lak dari regular customer nak order Tart Nenas ni.....kelam kabut jugak le ngan nak mencari inti nenas lagi.....tapi tahun ni saya tidak merancang untuk buat Tart Nenas ni lagi untuk jualan raya.....so sapa2 yang nak makan atau plan nak order tu boleh je buat sendiri ya lepas ni....saya tak buat dah sbb tak dpt untung sangat buat Tart Nenas ni....ngan penat, ngan jem susah nak buat lagi.....lagi pun saya jual cuma RM20 untuk satu box berbanding orang lain dah lama mark up harga lebih dari RM25.....so tak nak dah susah2kan diri sbb nak penuhi permintaan orang lain......gentel le sendiri ya lepas nih hehehe......

~Tart Nenas~

250 gm butter
50 gm gula icing
2 biji kuning telur
20 gm tepung jagung
375 gm tepung gandum - part ni boh sikit2 ya....sampai adunan lembut dan boleh tekan ngan acuan....kalu nak buat ala2 tekap leh habiskan tepung yang ada....

Gaul2 butter dengan gula icing hingga sebati, masukkan 2 biji kuning telur tadi dan gaul2 lagi.  Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga boleh ditekan dengan acuan.  Untuk inti, boleh buat sendiri atau beli yang dah siap.  Sapu atas cookies dengan putih telur + pewarna kuning.  Tp kalu yang dah siap yang jual kat kedai, satu bekas dah dkt RM10 cuma leh cover utk satu box cookies....so rugi le ya.....pandai2 le ya.....

Bakar pada suhu 150'c selama 40 minit api bawah sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...