Monday, November 21, 2011

~Tam, Tim, Tun~


Kenalkan....ini Tam, Tim, Tun.....anak2 Cik Bubu.....partner kucing kami, Cik Uteh....tapi en hubby tak percaya ni baka Cik Uteh....haha.....sbb Tam, Tim, Tun ni sumer hitam legam.....Cik Bubu lak coklat.....tup2 yang ni sumer legam2 le pulak.....Cik Uteh lak dah sahih2 le bulunya putih.....hahaha.....en hubby kata kena check DNA nih.....betul ke nih baka Cik Uteh.....hahahaha.....saya nak tergelak.....

Cik Bubu beranak atas siling umah.....last2 soh along panjat bawak turun anak2 Cik Bubu.....sbb lubang2 kat umah yang Cik Bubu dok panjat dah kena tutup, jadi anak2 dia asik mengiau kelaparan....tak sampai hati lak.....tak baik berbuat jahat pada binatang kan.....saya je yang malas nak pelihara, tp benci binatang tu idak sekali2 le ya.....tapi saya paling tak suka part sedih2 bila kucing kena gelek dek keta arwah abah masa kecik2 dulu sampai saya teriak2 sedih....sejak tu saya tak sanggup nak jaga, bila dah jaga, sayangnya yang terlebih.....dah sayang, tak sanggup le tengok kucing2 ni sakit ke mati ke....


“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.”
Hadith riwayat Bukhari.


Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.”
Hadith Riwayat Abu Dawud, hadih shahih.

Jangan juga jadikan burung, atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak untuk suka-suka. Selain tujuan untuk berburu untuk mendapatkan makanan. “Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.”

****************************************************************************************************

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU.  Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...