Monday, November 21, 2011

~Gulai Daging Berempah~



Gulai Daging Berempah ni nama saja2 letak....sbb saya campak2 je rempah yang ada stok dalam peti ais.....ala2 Gulai Kawah tapi sbb tak guna rempah gulai kawah ya, jadi dah jadi le resipi lain.....saja je ni menghabiskan baki daging korban yang dah membeku di dalam peti ais.....menu utk hari minggu yang simple2 sahaja.....

Meh tengok apa resipinya ya.....

~Gulai Daging Berempah~

500 gm daging - dipotong2 halus

Bahan Tumis
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit bunga cengkih
Sedikit buah pelaga
Bawang Merah - dihiris halus
Bawang Putih - dihiris halus
Halia - dihiris halus
1 sudu besar cili boh

Campuran Rempah:
4 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah gulai darat
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar

Air secukupnya
Santan secukupnya
Garam/Gula secukupnya
Ubi Kentang - dipotong kecil

Lengkuas - diketuk

Panaskan periuk.  Masukkan minyak.  Tumiskan bahan tumis tadi hingga naik baunya.  Masukkan cili boh dan kacau sebati.  Masukkan rempah campuran tadi yang telah dijadikan pes.  Tumiskan lagi hingga pecah minyak.  Kemudian, masukkan daging tadi dan gaul2 sebati hingga keluar air daging tersebut.  Kemudian baru masukkan air biasa secukupnya.  Bila telah mendidih, masukkan ubi kentang, lengkuas yang telah diketuk, santan secukupnya dan biarkan hingga ia masak secukupnya.  Perasakan dengan garam/gula/perasa jika perlu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...