Monday, October 31, 2011

~Baby's Convo~

Akhirnya baby akan menamatkan zaman pra sekolahnya dan memasuki Tahun 1 tahun hadapan.....sekejap sahaja masa berjalan kan.....sedar tak sedar baby yg masih saya ingat baby kecik saya sudah besar rupanya.....hmmm....tiba2 saya miss zaman dia masih baru nak bertatih2 dulu.....saya dah tak de baby kecik dah yg boleh saya dodoi2 dan main cikucak lagi......nak ada baby kecik lagi rasa cam dah tak larat.....nak tunggu cucu, ntah sempat ke tidak....ntah larat ke tak nak jaga.....ntah dpt jaga ke tak pun tak tahu lagi mcm mana.....



Since zaman pra sekolah tak kan berulang lagi selepas masuk sesi persekolahan nanti, baby saya belikan le baju baru untuk majlis hari tamat pra sekolahnya....jenuh kuar masuk kedai cari, susah nak cari saiz baby ni sbb dia kecik je....tudung pun nak yang lip lap lip lap je....budak2 sekarang ni hmm.....x pe le....sekali sekala kan....

Majlis berlangsung Sabtu lepas (29 Oktober 2011)....mmg meriah ngan anak2 yang mcm2 keletah....saya gelak terbahak2 semasa majlis tersebut.....seronok.....melihat mcm2 peel.....



Tahun 2012 baby sambung belajar satu sekolah ngan kakak.....sekolah pun tahun depan dah mula di bawah pentabiran baru....sebelum ni di bawah Yayasan Matri....nanti akan diuruskan di bawah Koperasi Ko Rahmah.....sekolah ni sekolah swasta dan sekolah agama sepenuhnya.....

Sebelum majlis berlangsung, ada sesi ceramah dibuat......ada beberapa petikan menarik yang saya petik untuk renungan kita bersama :


TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK
  • Jangan perkecilkan kebolehan anak
  • Jangan sebut perkataan negatif dalam rumahtangga
  • Padam rekod lama
  • Banyakkan belaian positif
  • Selesaikan masalah secara bersama
  • Dengar dengan teliti dan aktif
  • Gunakan teknik penyampaian berkesan
  • Nyatakan 'tidak boleh' dengan berhikmah

    10 FAKTOR KENAPA GAGAL

    • Tiada kesedaran untuk berjaya
    • Tiada inisiatif dan disiplin diri....ikut arus
    • Tiada keyakinan diri
    • Tiada matlamat hidup untuk cemerlang
    • Tidak tahu jalan untuk cemerlang
    • Tidak tahu halangan kecemerlangan
    • Tidak mampu menyelesaikan masalah
    • Tiada kemahiran pengurusan hidup
    • Tidak tahu memilih hala tuju hidup
    • Tiada pembimbing yang baik|

      • A winner is NOT one who never fails, but one who NEVER QUITS;
      A school teacher once scolded a boy for not paying attention to his mathematics and for not being able to solve simple problems.  She told him that he will become nobody in life.
      The boy was ALBERT EINSTEIN.

      • When Thomas Edison invented the light bulb, he tried over 2000 experiments before he got it to work.  A young reporter asked him how it felt to fail so many times.
        He said "I never failed once.  I invented the light bulb.  It just happened to be a 2000-step process."



Ini le keletah baby sepanjang terlibat ngan nyanyian nasyid dalam persembahan kelasnya....seronok lak tengok anak2 ni kan....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...