Wednesday, July 27, 2011

~Puding Laici~



Puding ni aku buat atas request customer......yg ni balance sbb buat banyak, dah tak muat bekas nak tuang sumer sekali.....ni resipi aku tepek sekali buat sapa yang nak try bulan2 pose nanti.....basic resipi puding ni ya....

~Puding Laici~

1500 ml air biasa
20 gm serbuk agar-agar
1 tin susu cair
1 1/2 tin buah laici (dlm tin)
1 1/2 cawan gula castor

Tuangkan air ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar dan gula castor....masak sehingga agar-agar dan gula castor hancur.    1 tin buah laici diblend dengan sedikit susu cair dan tuang ke dalam adunan tadi bersama baki susu cair.  Baki buah laici disusun di dalam loyang dan perlahan-lahan tuangkan adunan agar-agar tadi ke dalam loyang.  Sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong.



Yg ni customer punya.....

Ok le....jemput makan......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...