~Mee Goreng Versi 2~

Salam.....bekpas apa korang pagi2 minggu ni.....tak dak idea nak masak actually....en hubby sibuk ngan mesyuarat perwakilan jadi dia tak sempat bekpas.....agaknya bekpas kat tempat mesyuarat le kot kan.....aku di umah ngan anak2.....teringat dlm peti ais ada mee yg dibeli 2-3 hari lepas.....jadi buat mee goreng je le....campak2 apa je benda yang ada dlm peti ais.....rajin snap satu satu so meh le kita makan mee goreng.....



~Mee Goreng Versi 2~

500 gm mee kuning
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang besar - dipotong2
1 sudu kecil pes cili
Daging - dipotong nipis2....
Udang tanpa kulit
Sayur kobis - dihiris
2 biji telur
5 biji tomato cherry
Kicap
Sedikit sos tomato/sos cili
Garam/Gula/Perasa jika perlu

Step: Tumiskan bawang putih dan bawang besar.  Masukkan pes cili dan goreng sebentar.  Kemudian, masukkan udang, goreng beberapa minit.  Masukkan daging dan goreng hingga masak.  Masukkan tomato cherry, telur dan kubis tadi.  Gaul sebati.  Kemudian akhir sekali masukkan mee kuning tadi dan gaul rata.  Masukkan kicap, sos yang diperlukan, garam, gula dan perasa jika perlu.  Boleh dihidangkan.  Taburkan dengan daun sup jika mahu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...