Friday, May 21, 2010

~Mexican Bun~


Ini recap dari fotopages aku......saja dok ronda2 tadi nak meninjau2 apa yang masih belum aku update kat blog.....salah satu yang jadi hobi giler2 aku masa mula2 baking adalah buat roti......ish...pendek kata pantang ada masa free mmg kerja aku buat rotiiiiiii je memanjang......sampai last2 aku sorang yang kena perabih sbb masa tu anak2 kecik tak larat nak mamam roti aje tiap hari......hehe......

Memandangkan rasanya yang ni aku belum update kat blog, so aku ambik kesempatan untuk letak kat blog untuk sapa2 yang nak tengok balik......harap2 dapat dimanfaatkan bersama....dulu2 aku rajin le buat step by step untuk rujukan.....oleh kerana aku pun dah lama tak buat, aku sendiri dah tak bape mahir dah pun sekarang ni hehe.....

Sweet Bun Dough

A
500 gm tepung high protein
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telur
220 ml air

B
75 gm butter

Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.

Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan - gambar 9).

Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit.

Topping utk mexican buns

110 gm butter
110 gm gula castor
2 biji telur
110 gm tepung gandum - diayak
1 sudu teh serbuk kopi/nescafe
1 sudu teh air suam
1 sudu teh coffee paste

Semua bahan dicampur dan digaul hingga menjadi pes. Paipkan ke atas bun setelah dibentuk dan kemudian bun diperam sehingga ia naik sekali ganda.



1 comment:

bleanck_braiyne said...

wahh i like mexican bun.. thanks tau for the recipe.. nnt bleh buat.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...