~Green Tea Souffle Cheese Cake~


Kek ni buat atas permintaan seseorang.....tidak ada dlm list jualan pun....and not meant for sale pun.....so sapa2 yang nak makan lepas ni, sila ler buat sendiri ya.....hehehe......sbb resipinya dah ada kat bawah ni.......

Buat kek souffle ni mmg menduga jer rasa sbb cukup susah nak agak masa masaknya......sbb kek ni ringan sblm diangkat.....mcm kapas jer terhoyong-hayang.......w/pun sblm angkat keknya tinggi menggunung.....tp biasa ler, bila dah kuarkan secara tiba2 dia mengecut.....itu mmg adat kek ni ler.....atasnya ni lak merekah pasal loyangnya kira masuk kategori kecik sedangkan keknya nak naik tinggi.....tp tak kisah ler tu......mmg dia kategori bnyk kedut.....hahaha......




Green Tea Souffle Cheese Cake

150 ml susu cair
250 gm cream cheese
50 gm mentega
50 ml susu cair
3 biji telur kuning
2 sudu kecil tepung jagung

5 biji telur putih
100 gm gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh cream of tartar

1 sudu kecil Serbuk Green Tea

Panaskan susu cair, cream cheese dan mentega hingga sebati. Lagi 50 ml susu cair dicampurkan dengan telur kuning dan tepung jagung. Masukkan ke dalam adunan yang awal tadi bersama serbuk green tea. Kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.

Sementara itu, putar telur putih dan cream of tartar hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit bersama tepung jagung sehingga menjadi meringue tapi tidak perlu terlalu kejung. Cukup bila diterbalikkan adunan tidak jatuh.

Ambil adunan cream cheese sedikit dan gaulkan dengan putih telur dan masukkan lagi lebihannya dan gaulkan sehingga selesai secara kaup balik. Masukkan ke dlm loyang 8 in yang telah dialas dengan kertas minyak dan bakar secara 'water bath' selama 1 jam 30 minit.

Bila masak, renggangkan kek dr tepi loyang dan sejukkan sebentar sblm diterbalikkan. Jgn biar lama sangat sbb nanti kek terlalu mengecut tepinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...