Followers

Wednesday, October 7, 2009

~Red Velvet @ Kek Baldu Merah



Kek ni aku buat atas permintaan customer aku....bukan ler aku memandai buat ya.....sebetulnya tak pernah lagi aku buat resipi ni untuk cuppies apalagi untuk dijual tp loyal customer aku ni teringin nak makan kek red velvet ni dengan topping cream cheese dan hiasannya sprinkle choc rice je.....so....aku memenuhi permintaan......jadi aku buatkan kek sebagaimana diminta....

Apa boleh aku cakap.....merahnya mak ngahhhhh......menyala2 warnanya.....takut betul bila tengok sekali pandang....tapi ingat!!!!......jangan pandang sebelah mata, dan jangan buat penilaian sebelum korang cuba......ternyata mmg meleset ler kalu korang anggap kek ni tak sedap......sedap ooo.......lembut, lembap......mmg kena ngan selera tekak aku gak ler.....tak sia2 aku buat dan tak rugi memenuhi permintaan customer aku ni......

Jadi, hari ni aku nak kongsi resipi ni dengan korang semua.....kalu dah cuba bagitau ler hasilnya.....kalu pun korang google, berlambak2 resipi boleh cuba sbb kek ni mmg westernnyer kek.....dah popular gitu....tapi resipi di bawah aku dah olah sedikit dan sukat untuk sapa2 yang nak cuba....





Kek Baldu Merah @ Red Velvet

1/2 cawan butter @ 113 gm
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred B
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh coffee emulco
60 gm pewarna merah (aku guna 40 gm cecair, 20 gm serbuk)
2 1/4 cawan tepung gandum
250 ml susu masam/buttermilk
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh distilled white vinegar**
CARA

1. Penyediaan susu masam @ buttermilk : 250 ml susu segar dicampurkan dengan 2 sudu teh white vinegar**. Ketepikan selama 10 minit baru boleh digunakan.
2. Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga gebu.
Serbuk koko, coffee emulco dan pewarna dicampurkan bersama hingga menjadi pes pekat. Masukkan ke dalam adunan telur.
3. Masukkan susu masam tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung dan sebatikan.
5. Akhir sekali, masukkan baking soda dan cuka makan (adunan akan berbuih sedikit), segera kacau hingga sebati.
6. Bakar adunan hingga masak pada suhu 160'C.
7. Bila sudah sejuk, hiaskan dengan topping cream cheese atau biasa mengikut kesukaan masing2.


**Distilled White Vinegar


..And by the way, the red velvet is so the very the
sedapppp!
Thank u! Thank u! The kids at school mesti suka esk. Thanks
again - sha.

1 comment:

nadiah said...

assalamualaikum.. nak tny.. nak msukkn cuka makan in what quantity? :).. n lagi.. yg white vinegar tu.. 1 sudu teh ataupun 2 sudu teh..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...