Followers

Tuesday, September 8, 2009

~Bengkang Roti~


Ish....lama benor tak buat step by step......ntah angin apa aku rajin lak nak snap satu2 khas untuk kongsi ngan rakan2 yang sudi menjenguk blog aku.....Bengkang Roti atau leh gak korang panggil puding roti.....

BENGKANG ROTI


Carik-carikkan roti kecil2 sebanyak 1 buku roti (aku guna roti gardenia dlm 20 keping).


Tuangkan 500 ml air panas ke dalam roti yang telah dicarik tadi. Biarkan dalam 1/2 jam. Kemudian tekan2 roti tadi sehingga ia menjadi halus dan tidak berketul2.



Dalam bekas lain, campurkan 4 biji telur, 2 sudu besar gula castor dengan sedikit garam. Kacau hingga sebati.


Tuangkan 1 tin susu pekat manis ke dalam adunan roti tadi. Kacau sebati.



Tuangkan adunan telur ke dalam adunan roti tadi. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang (jangan guna loyang yang kecil, adunan mesti tidak tebal sangat)


Taburkan kismis di atas adunan tadi. Kemudian bakar selama 1 jam pada suhu 170'c. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti ais sebelum dipotong.

Nota:

Resipi aku ceduk dari buku ni.......cuma part air tu aku yg tambah sbb kat dlm buku takde sebut sukatan dia.....tp pandai2 korang ler olah ya....

Feedback aku :

Sedap....berlemak....setengah orang suka makan ngan kuah tp aku rasa tak perlu sebab dah cukup dah rasanya....tp kalu nak gak, korang leh masak susu cair ngan tepung kastard untuk dijadikah kuah....

1 comment:

Riena said...

should try ni... nak buat tp x buat2 smp skrg..M punya pasal cm tu laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...