Tuesday, October 28, 2008

Lauk Pauk.....

Lauk pauk pun nak tayang gak ke??? heheh....apa salahnya kan.....kita sharing dari sekecik2 benda hinggalah sebesar2nya asal dapat memberi ilmu pada kawan2......kdg2 yg simple pun kita godek2 gak mencari resipi sbb terlalu ambik mudah.....jadi rasanya nak membalas budi bagi yang pernah kita ambik resipi mereka untuk dicuba.....mana tahu ada yang x tahu resipinya kan???

Sayur Lemak Bayam

Kari Kepala Ikan Ala Mamak

Bahan2
(sukatan agak2 ya.....)
Kepala Ikan (terserah ikan apa, yg sedap ikan merah)

Bahan Tumis:
Bawang Putih (dihiris halus)
Bawang Merah (dihiris halus)
Halba
Jintan Putih

Serbuk Kari Ikan
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Serbuk Lada Kering
Serbuk Lada Hitam

Air asam jawa
Santan
Daun Kari
Kacang Bendi
Tomato (dibelah)

Cara:
Ikan dibelah atau dipotong sesuka hati. Gaulkan dengan garam dan kunyit sedikit. Rebus sebentar dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halba dan jintan putih hingga wangi. Masukkan daun kari. Kemudian, masukkan semua serbuk tadi (anggaran 1 sudu teh tiap satu kecuali serbuk kari dilebihkan) yang telah dijadikan pes dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan santan, biarkan ia mendidih sebentar sebelum dimasukkan ikan tadi. Kemudian, perisakan dengan garam dan gula mengikut selera sendiri.


Kepah Masak Manis

Kepah (anggaran 1 kg)
1 batang serai - diketuk2
1 biji Lada Merah - dihiris2
2 ulas bawang putih - diketuk2
1 ulas bawang merah - diketuk2
Daun Kucai/Daun Bawang - hiris halus
Garam, Gula

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah tadi. Masukkan kepah tadi dan gaul rata. Masukkan serai, lada merah, daun kucai/daun bawang, garam, gula dan sedikit air. Biar hingga masak.




Cuppies....


Cuppies ni tempahan dari my regular customer........very loyal and supportive customer.......thanks for your order........




Hari Ihtifal An Najaah 2008

Hari Ihtifal atau konvokesyen kakak berlangsung hari Ahad lepas di Dewan Kolej Universiti Insaniah Alor Setar.....walaupun cuma majlis untuk tadika, tapi betul ler.....mak mana yg tak rasa happy untuk anaknya......begitu ler jugak kita......excited dan bangga semua ada......masa nak ambik gambar dia di pentas, maknya yang terlebih nervous....bukan anaknya......

Kakak buat persembahan hari tu, jadi penyanyi utama berduet untuk persembahan dari sekolahnya....bakat yang langsung kita tak sangka dia ada......bukan sbb dia menyanyi tapi sebab dia sangat natural di atas pentas.....sbb kat rumah mmg berat mulut yang amat.....sekali di pentas, kakak sangat2 menghayati persembahannya......bila kita tanya tak malu ke dok kat pentas, orang ramai.....dia cakap tak......uuhhh....gitu rupanya anak mama ni......


Lagu yang dinyanyikan hari tu lagu dikir puteri.....ini kali ke dua kakak buat persembahan.....sebelum ni buat persembahan masa majlis sambutan hari raya sekolahnya.....hmmm.....mama bangga ngan anak mama sbb berani mencuba.......dan sebab langsung tak gementar kena berdepan dengan orang ramai.....


Untuk majlis konvokesyen kali ini, kakak menerima anugerah pelajar cemerlang untuk wakil daripada Arau.....ada 4 orang pelajar cemerlang, masing2 bagi tadika masing2....iaitu 2 di Alor Setar, 1 di Selangor dan 1 dari Arau......iaitu kakak.....kita pun tidak tahu dia dapat penganugerahan itu sehinggalah melihat kad undangan daripada sekolah....




Doa mama semoga anak mama akan terus berusaha menjadi anak yg solehah dan seterusnya meneruskan usaha mencapai cita2 anak mama selama ini.
Selepas ini kakak akan meneruskan persekolahan di sebuah sekolah agama swasta supaya dia dapat teruskan dengan minatnya dalam bidang agama.




Friday, October 24, 2008

Cheese Cake With Peaches and Strawberry Filling



Meh jamu mata jer ler ekk.....sori ler gambaunya kelabu asap pasal kita snap ngan kamera tepon ciput jer.....kamera tertinggal kat opis lak tengahari tadi......




Jamuan Hari Raya

Kali ni jamuan hari raya untuk bahagian kita sahaja......ooo......tengok gambar2 ni......ini bukan gambar kat pasar malam ekkk......ini antara juadah yg bos tempah untuk menjamu tetamu bagi hidangan hari raya......pelik kan menu2.......setup gerai depan opis kita.......pastu buat ler.....mihun goreng ala2 pasar malam, apam balik, keropok lekor, satay.......hehehe.......yg berat2 pun ada......nasi tomato ngan pasangan lauknya, puding dan macam macam lagi.......penat makan....bukan penat buat kerja........hahaha.....


Ini lak makanan orang yang tamak.......tengok.....tak abis pun makan.......belum start acara kita orang dah jadi tukang tester makanan......hahaha......elok orang start acara makan, kita orang dah tersadai kekenyangan.....kikiki......




Puding Ratu


Puding Ratu.....nape lak namanya puding ratu.....nama tu bukan kita yang letak.....mmg nama resipi tu Puding Ratu.....kita ambik dari sebuah majalah......tapi as a reminder, do not rely too much ngan resipi dari majalah.....sbb mmg terbukti resipi di situ ada yang salah....kena perati betul2 resipinya sblm buat ya....dah tentu u all kantoi sbb ada bahan yg tertinggal sedangkan dalam cara membuatnya ada disebut......itu yang kita terperasan......dah elok2 nak buat, tengok2 ada bahan tak ada sukatan dan tak disebut dalam senarai bahan......

Resipi ini bila diteliti bahan-bahannya hampir lebih kurang sama dengan resipi puding marble daripada fp kita tapi berbeza sukatan.....jadi secara tak langsung, menjadikan resipi ini bukan resipi puding yang biasa kita buat.....apa pun, meh tengok apa bahan2nya.....

Puding Ratu

25 gm serbuk agar-agar
2000 ml air biasa
450 gm gula castor
400 gm susu cair
10 biji telur
4 sudu makan tepung kastard
250 gm mentega
Pes Chocolate


Masak serbuk agar2 bersama air biasa dan gula castor hingga hancur. Campurkan susu cair, telur dan tepung kastard dan kacau hingga sebati. Tapiskan sebelum dituangkan ke dalam adunan agar2. Biar ia mendidih. Kemudian masukkan mentega dan biar ia mendidih seketika lagi. Tuangkan 3/4 adunan ke dalam loyang dan lebihan adunan dicampurkan dengan pes chocolate. Corakkan lebihan adunan tersebut mengikut kreativiti anda.



Agar Agar Lumut


Agar-agar ni kita sediakan untuk jamuan hari raya unit kita.....tapi ditempah oleh kawan kita yg mintak nak sediakan agar-agar ala lumut ni......uihhh berpeluh gak kita mencari resipi....sayangnya sampai ler ke malam tadi, mmg resipinya kita tak jumpa.....yg kita jumpa lak langsung kita tak paham cara nak membuatnya.....dengan sukatannya yg tidak particular.....aiseh....kita bab sukat2 ni kena betul2 sbb kureng keyakinan sikit.....hehehe...apa lagi kalu bab buat agar-agar.....karang jadi air lak.....

Tapi akhirnya kita dengan tekad 'dare to fail'....hehehe.....menggagahkan diri membuat agar2 dengan cara kita sendiri.....kita pick up cara sana, kita pick up cara sini......dengan lafaz "Bismillah".....alamak....gabra.....tapi kena buat gak......ini resipi yang kita telah olah dari beberapa jenis agar-agar dan akhirnya jadi cara kita sendiri......hehehe....

Agar Agar Lumut

25 gm serbuk agar-agar
2000 ml air biasa
500 gm gula castor
200 ml santan kotak + 250 ml air (nak pekat kurangkan air ya...)
7-8 helai daun pandan + 50 ml air (kisar dan ambil airnya)
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau (jika perlu)

Larutkan serbuk agar-agar ke dalam air biasa bersama dengan gula castor dan masak hingga mendidih. Masukkan pati daun pandan tadi bersama sedikit pewarna hijau. Santan tadi dicampur bersama telur dan sedikit garam dan dikacau hingga ia sebati. Masukkan ke dalam larutan agar2 tadi yang telah mendidih biarkan ia mendidih hingga telur nampak berserat dengan api yg besar sedikit.

Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia keras. Simpan agar-agar di dalam peti sejuk.






JALAN-JALAN CARI MAKAN - Nurmi Seafood

Nurmi Seafood cuma sebuah kedai biasa.....tp ada masa kita suka tukar2 selera......tetap seperti biasa, peberet kita memang hidangan ala-ala thai....antara hidangan yang kita mintak >> kerabu sotong, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar dan daging paprik.....








Wednesday, October 22, 2008

Basic Cupcake


Lama mencari gambar, dah lupa mana letaknya gambar kek kita yang belum dihias lagi untuk kita selit sebagai contoh bagi resipi asas untuk cupcake ini. Sebetulnya mmg tak jumpa dicari, jadi gambar ini sebagai contoh kepada resipi di bawah, cuma gambar ini kita dah letak sedikit perasa cappucino untuk variasi.

Harap kepada yang meminta, puas hati dengan resipi yang kita kepilkan di bawah ini. Ini resipi peberet kita tiap kali menyediakan cupcake perasa vanila permintaan pelanggan.

Basic Cupcake

113 gm tepung naik sendiri
113 gm gula castor
2 biji telur
113 gm mentega
Sedikit baking powder
Sedikit esen vanila

Cara

Sangat mudah. Semua bahan dicampurkan bersama dan diputar dengan kelajuan tinggi selama 3 minit. Hentikan mixer, jangan over-mixed. Isikan 1/2 adunan ke dalam acuan kerana ia akan naik tinggi nanti.

Jika hasil kek anda bantat, itu bermakna anda telah over-mixing. So, better try resipi ni sikit dahulu untuk trial and error. Jika dibuat dengan betul, hasilnya sangat memuaskan hati.



Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Aidilfitri 2008



Majlis Sambutan Aidilfitri 2008
Majlis sambutan aidilfitiri opis kita tahun ini berlangsung sederhana meriah....tahun ni tahun bajet.....makanan yg dihidangkan pun dibahagi2kan ikut bahagian.....semuanya makanan berat2....sampai kita tak larat nak makan......

Bahagian kita tahun ni ditugaskan untuk menyediakan lemang dan ketupat bersama rendang dan kuah kacang.....simple sahaja......tapi rupa2nya yang simple tu pulak jadi kegemaran ramai.....gerai kena serbu sehinggakan yang tinggal hanya kuah kacang dan sedikit nasi impit sahaja.....tahun lepas tak semeriah itu kena serbu......

Bahagian lain ada yg sediakan Mee Kari....ada yang buat Nasi Daging, ada yang buat ala-ala gerai (gambar kat ke dua kat atas tu)......masak mee sumer panas2......ada yang buat lontong, nasi dagang. mihun sup dan sebagainya......kontraktor2 lak ditugaskan untuk prepare bahagian minuman.....

Yang larat kita telan cuma rendang ngan lemang.....lepas tu yang lain kita dah x larat nak makan.....ada bahagian yang betul2 kreatif, kiranya pulun giler siapkan gerai.....siap ada yang buat peraduan teka berat tulang gear box.....hehehe.......mcm2 dia orang ni kan.....tp salute ler....dia orang dari dulu bab kreatif mmg tahap gaban punya.....




Merahnya Tak Menyala Ler Ngah....


Request dari k ida untuk siapkan cuppies, tart dan puding.....cuppiesnya simple jer, cuma nak theme merah dan putih......tulis Liverpool FC.....tp sedihnya.....jenuh letak kaler, tak dpt kaler merah tu....lepas tu kita dah x berani nak taruk kaler lagi sbb takut krim jadi pahit rasa pewarna.....so kita biarkan dengan kaler yang ada sahaja.......harap2 anak k ida tak mengamuk....sbb kita tahu kaler liverpool mmg merah darah.....kita tak dpt nak adakan warna tu......



Thursday, October 16, 2008

Temanya GOLD


Tempahan dari seorang customer nun jauh di Butterworth......sangat ringkas sahaja tempahannya sehingga kita susah pulak nak membentuk designnya......bukan apa, sbb nak kena pk pk ni malas benor.....heheeh.....nak kena cari idea sendiri....dalam hati berfikir tentu tidak mahu terlalu sarat, jadi design utk cuppies kita sediakan simple sahaja dengan casing emas, ditabur dengan silver dragees.....supaya lebih menyerlah...lagipun jauh, takut kalu design lebih2 nanti rosak lak cuppiesnya....

Untuk keknya pun begitu, ringkas sahaja.....diadun dengan drape putih dan bunga oren....sbb stok bunga kuning jenuh menjelajah kedai tapi tidak ada pulak.....pening gak dok berfikir di kedai apa nak dikombinasikan dengan tema gold customer....jadi warna ini lebih menyerlah....harap2 customer suka..



Wednesday, October 15, 2008

Tae Kwon Do


Kek ni tempahan dari seorang customer untuk diusung ke Pulau Pinang......program kejohanan tu di Pulau Pinang......untuk cikgu rai budak2 sekolah yg masuk kejohanan.....tak tahu ler program itu dah selesai ke belum.....Kejohanan TaeKwonDo ke XXVIII (berapa tu ekk????) hehehe......lukisnya simple sahaja kerana ini yg kita disuruh......tapi lagi kosong deco lagi rasa mcm nak top up top up jer......kan...



Tuesday, October 14, 2008

Happy Birthday Along!!!





Hari ni tanggal 14 Oktober 2008 adalah hari lahir along yg ke 10......sekejap sahaja masa berlalu......mama nak buatkan kek celebrate kat sekolah tp along kata tak payah.....penyegan betul budak lelaki ni nak bawak kek ke sekolah.......dia nak suruh bawak dia celebrate tempat lain.......hmmm.....tak pe ler.....tengok ler camne nanti.....


Teringat dua malam lepas semasa mama muntah2 sbb silap makan, along datang gosok belakang mama.....selalunya dia tak tahan tengok orang muntah tp mlm tu dia siap urut2 mama pulak......lepas tu along suruh mama tidur, beberapa minit kemudian, along datang bawak gelas.....rupanya dia bancuhkan air teh dekat mama.......ish...ish...ish......terasa beruntungnya mama ada peneman seperti along.....satu2nya anak teruna mama......along ler peniup semangat mama......SAYAANGGGGG ALONG.....


Sunday, October 12, 2008

Buttercream


As promised to ida, ini dikepilkan resipi yang diminta. Mintak maaf sbb terlewat memasukkannya.....kita ni kena selalu remind, ada masa terlalu sibuk sampai terlupa.....kdg2 sms pun boleh terlupa nak balas....adus...ampunkan ler sikap kita ni.....

Ini antara koleksi resipi yg menjadi kebiasaan kita gunakan untuk menghias kek.....kedua-duanya mmg peberet resipi....so tak leh nak pilih mana yg lebih elok....ini bergantung kepada kesesuaian dan keserasian masing-masing.....kedua-duanya mmg selalu kita gunakan.....kalu nak hias bnyk kek sekaligus, kita guna re sipi 1, sbb bnyk.....kalu nak guna sikit, kita guna resipi 2 sbb senang nak cut down kuantiti......satu resipi untuk resipi 2 boleh guna untuk cover sebiji kek saiz 9" x 9".....so, selamat mencuba.....

Resipi Buttercream 1

350 gm butter/shortening
180 gm krimwell
110 gm putih telur
180 gm gula castor

Resipi ini menggunakan teknik meringue iaitu putih telur dan gula castor dimasak secara bain marie (menggunakan air sebagai pemanas). Kacau hingga gula hancur sepenuhnya dengan api perlahan. Kemudian putarkan putih telur tadi hingga ia menjadi meringue. Butter dan krimwell tadi dipukul sebentar dan masukkan ke dalam adunan putih telur. Kacau hingga ia rata.


Resipi Buttercream 2

300 gm shortening/butter
100 gm krimwell
Susu Pekat Manis (mengikut manis yg dikehendaki)

Ini yang paling mudah. Cuma putarkan shortening/butter dengan krimwell hingga adunan menjadi 2x ganda kadar volumenya. Masukkan susu pekat manis sedikit demi sedikit sambil adunan dipukul.


Koleksi Kek 2




Meh ler menjamu mata hari ni ngan koleksi kali ni......ini semua tempahan customer....tp maafkan ler rupa ultraman ku yg idok berapa nak jadi rupanya....pasal gambar yg ada dlm simpanan kelabu asap sampai tak nampak rupanya.....jadi ini main agak2 jer...susah hati betul cari gambar ultraman tak ada.....kelam kabut gak tanya along mcm mana nak warnakan......jadi ini kiranya main tembak2 jer le.....asal rupa cam ultraman tu ada.....ampun....ampun.....paling ler tak suka kena lukis ultraman ni....harap lepas ni tak ada dah orang yang suruh....hehehe



Saturday, October 11, 2008

Kek Span Asas



Resipi kek ni sebagai alternatif bila stok sponge mix tak ada....hasilnya tak mengecewakan......tapi rasanya penting mempunyai pengadun berkuasa tinggi kerana jika tidak hasilnya akan menghasilkan kek yg bantat jika adunan tidak diadun dengan kelajuan tinggi kerana amat penting untuk adunan betul2 kembang. Walau apa pun, boleh cuba separuh dari resipi di bawah sebagai percubaan terlebih dahulu.....keknya mmg lembut dan gebu.....kek ni telah diolah serba sedikit oleh saya....

Kek Span Asas
Dipetik dari buku "Romancing With Cakes"

10 biji telur Gred B
180 gm gula castor
180 gm tepung gandum**
20 gm serbuk koko**
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar ovalette**


Putar telur dengan kelajuan tinggi bersama ovalette selama 8 minit atau sehingga ia menjadi kembang 2x ganda. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil adunan diputar laju. Putar hingga adunan menjadi putih dan pekat. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kemudian masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu lama. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah dialas bersaiz 10" dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.
**Ini yang telah diolah

Ini pulak satu lagi contoh kek span menggunakan resipi ini, diperisakan dengan orange paste....


Friday, October 10, 2008

Cake 4 Today.....


Peminat kek spongebob mmg ramai kan.....contoh yang customer bagi actually ada shape spongebob......tp bila tengok saiz spongebob pun muat2 jer atas bawah ketinggiannya, mcm sayang jer nak potong buangkan kek.....tak pe ler ya.....kalu nak ikut shape kena kek lagi besar.....kalu tak mmg x cantik......cinonet lak kek nya nanti.....

So.....meh jamu mata dulu ler pagi2 ni.....



Thursday, October 9, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan - Mai Kafe Herbal Kopitiam


Rasanya kalu setakat warga Perlis tentu maklum dengan kedai ini....sebab Perlis ni kecik sahaja......konsep kedai ini ala ala kopitiam.....santai sahaja.....menggunakan herba sebagai sebahagian rempah ratus dalam masakannya.....pintu masuk pun dah nampak pokok2 herba seperti pokok misai kucing dan macam2 lagi.....

Kedai ni berada tak jauh dari pekan kangar.....kiranya kalu jumpa Pasaraya Seri Utama on the way ke Beseri, belok jer kanan pada traffic light yang mula-mula jumpa.....dekat sahaja dengan Masjid Putra namanya kalu tak silap....

Kebanyakan makanan di sini berasaskan western food, nasi2 pun ada tapi tidak banyak.....cuma dua tiga jenis sahaja...susasana di sini santai sahaja.........hubby for sure cari nasi.......kita lak cam biasa mesti beef steak.....baby ngan kakak mmg cari mushroom soup......



Lassi mmg minuman peberet kita.....tapi nak buat sendiri mmg pemalas yang amat.....so bila ke kedai ni mmg cari lassi......



Tuesday, October 7, 2008

Koleksi Kek 1






*Sori....kualiti gambar kurang memuaskan....

Kek-kek ni sebetulnya dah lama dalam simpanan......entah pasal apa tak ada mood nak tepek gambar2 kek sepanjang bulan pose ari tu.....ada yg langsung tak ambik gambarnya pun.....apa pun untuk tatapan mata dan sebelum gambarnya hilang dari simpanan, so better letak jer kat sini....


Koleksi kek terdahulu boleh semak dkt my cake blog or dkt my fp.....skrg fp dah tutup.....sambung kat sini senang.....pertama sbb malas nak edit gambar.....kedua pakai blogspot senang terus letak gambar dr pc jer.......


Hadiah Dari Boss....



Bukak jer pintu opis.....terlihat bungkusan ni di atas meja.......dalam hati terfikir sapa lak yg letak....agaknya ada orang tinggalkan souvenir dkt boss ler kot ni......


Then kita duduk, biarkan beg tersebut di atas meja.....bos ada dkt bilik sebelah, tengah berbual dengan sorang pelajar.......


Kita bukak komputer dan kemaskan meja, ingatkan lepas pelajar tu keluar baru kita bagi dkt boss barang tu.......tp agaknya boss dah baca apa yg ada dlm kepala kita......hehehe.........cepat-cepat jer dia.....



Boss : Nina......ada barang atas meja tu.....puan bagi kat nina

Kita : barang??? (buat-buat tak dengor...hehehe).....untuk nina ke?

Boss : a'aa.....puan bagi.....(puan tu orang rumah bos)

Kita : ooo......terima kasih......


Alamak.....tak tahu nak cakap apa.....dah selalu sangat dpt present dari bos.....org bagi kat dia pun, nanti dia pass kat kita gak.....tp ini mmg utk kita....uish......boleh buat koleksi.....rezeki....rezeki.....tima kasih boss......


Monday, October 6, 2008

TART NENAS


Tart Nenas

150 gm mentega
2 sudu besar susu pekat manis
250 gm tepung gandum
1/2 biji kuning telur

Inti Jem Nenas

Gaul mentega dan susu pekat hingga sebati. Masukkan kuning telur dan gaulkan rata. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga doh jadi lembut. Picit dan letak jem kemudian gulungkan. Sapu kuning telur di atas biskut. Jika adunan terlalu melekit, tambah tepung sikit2 sahaja.



Corat Coret Aidilfitri 2008




Tahun ni seperti tahun lepas, hari raya kami sambut di kedua-dua belah kampung.......hari raya pertama di rumah mak di kelantan, mlm raya pertama bertolak balik ke kedah sbb esoknya ada family gathering belah kg hubby........petangnya bertolak semula ke kelantan.......hehehe.......jangan maree.......kami macam naik jet jer......redah jer sbb bukan selalu dpt balik kg......dah mmg ada cuti panjang, so mmg nak habiskan kat kelantan......jalan jammed sana sini tp tak de halangan.......kami tetap redah......tak puas balik sekejap2.....

Kita ni setiap kali balik ikut highway timur barat, mesti ler terserempak ngan EN GA......mula2 jumpa tak sedor sbb tengah sedap melayan mimpi......kali kedua bertembung ada tengah tunggu turn nak lintas jalan......but not to worry.......selalunya EN GA tak kacau orang asalkan kita patuhi nasihat.......
  1. Jangan bunyikan hon kenderaan anda --->> takut karang terkezut EN GA.....yg naya korang ler gak.....

  2. Kalu malam tu (selalu EN GA kuar time lewat petang sampai esok paginya) jangan suka2 hati bimp lampu atau pasang lampu tinggi.....silau mata EN GA karang.....

  3. Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika nampak EN GA kat tengah jalan.....jangan speeding especially start dr Puncak Titiwangsa sampai ler lepas Tasik Banding sbb EN GA ni kelabu asap....korang tak nampak dia nanti x sempat nak brake.......

  4. Last, hati-hati......

    *EN GA -- gajah
Ok ler.....berbalik kepada Hari raya mmg hari untuk anak-anak bergembira.....kita yang tua seronok melihat mereka dengan keletah yang macam-macam.....apa pun tahun ini beraya sakan......

Yang lebih gembira sbb dpt berita buat ayah chik (adik lelaki bongsu)......yg paling happy mesti ler mak sbb akhirnya adik dapat gak kerja.....nampak gayanya yg lelaki semua join pasukan beruniform.....lain bidang yang belajar, lain lak kerja yg dibuat.......yg dok kat Langkawi buat architecture, tp kerja jadi polis.....yg ini buat hotel catering, tp join beruniform gak......hmmm......degree buat pameran jer le gamaknya......lepas ni mak akan bermastautin di Putrajaya....dok kat kg pun dah x de anak2 buat temankan......so kita pun tak tahu ler bila dpt balik kg lagi......silap2 kena ke bandar......skrg giliran anak2 berebut nak heret dia ke hulu ke hilir sbb mak ni susah sangat nak ajak bertandang rumah anak2......skrg mak x dak alasan lagi......adik bongsu dah awal2 booking mak bawak ke Putrajaya......yg Langkawi lak dah lama tunggu turn mak turun sana, sibuk nak suruh mak masak nasi dagang kat dia.........ye ler......raya ni pun dia tak dapat balik sbb bertugas.......mak pulak susah hati benor tinggalkan pokok2 bunga dia kat rumah tu......tp kali ni layu ler pokok2 mak......hmmm......


Jalan raya sentiasa sesak dengan kenderaan.......pemandu2 ramai yg tak ikut peraturan.....memandu sesuka hati dan tidak penyabar langsung......langsung tak fikirkan orang lain yg dah que panjang dan dengan sabar menunggu giliran.....tp mereka seronok2 jer memotong dari belah kiri jalan..... bnyk jugak accident yang berlaku w/pun dlm keadaan kenderaan yg berjalan perlahan dan sangat sesak ini.....ini kerana sikap gelojoh ini ler......kalu ikut tu mmg x patut jadi kemalangan sbb semua geraknya perlahan sahaja......so ambil ler iktibar ya buat yg tak penyabar ni......jangan tunjuk contoh tak elok k.....


Jalan Jalan Cari Makan - Restoran Sri Chiengmai

Contact No : 09-7418328


Restoran Sri Chiengmai terletak di dalam bandar Kota Bharu, hanya dibuka dengan tempahan sahaja dari pukul 12 tengahari hingga pukul 3 petang dan dari 6 petang hingga pukul 10.00 malam.

Pelanggan tidak digalakkan datang ke restoran secara 'walk in', bukan apa.....bimbang nanti takde tempat duduk.....kebanyakan meja telah ditempah lebih awal sebelum pelanggan datang makan.....

Restoran ni disyorkan oleh adik.....dia berbuka puasa baru-baru ini dengan famili mentuanya.....dr pagi sampai petang asik dok citer sedapnya makan kat situ.....hmmm......si kakak nya apa lagi.....kaki makan thai food......uish.....tak jadi......so apa lagi...dptkan no tepon terus booking untuk dinner gak....

Kita terus booking lauk via phone....senang nanti tak perlu nak tunggu-tunggu......setiap hidangan dihidangkan mengikut pilihan set yakni bergantung kepada berapa ramai yg akan makan......tp kita pilih Set B1, sbb kita nak rasa tomyam dan lauk ikannya.......nak masak macam mana just sebut jer......boleh pilih nak mcm mana......

Ini baby dok mengadap kacang yg dihidangkan sebaik kita orang sampai.......duduk jer tak sampai 2 minit, semua lauk2 sampai.......


Kakak lak ngan mata bengkak2 sbb kena gigit nyamuk sbb tidur kat ruang tamu rumah tok ma.....tengah sabar menunggu lauk sampai......hehe.....

Taraaaa............ini lauk-lauknya...... dijamin mmg menjilat jari.......SEDAPPPP!!!!



Set Hidangan untuk 4-5 orang makan RM84.00


TOMYAM SEAFOOD

KAILAN IKAN MASIN


SIAKAP TIGA RASA


SOTONG CELUP TEPUNG


LALA STEAM

*Hajat tu nak listkan satu lagi peberet place kita part makan ni tp yg satu ni bukan restoran.....kedainya biasa2 jer betul2 depan kolej jururawat hospital besar.......mmg popular kat kota bharu......Nasi Kukus Suriani kalu tak silap namanya ler...........hari tu beratur dkt sejam semata2 nak beli makanan utk berbuka puasa......siap dalam hujan lagi tu tau......basah kuyup.....demi nak makan tak kisah........lauknya cuma ayam goreng tp entah ler.....dah tambah ngan gulai sana sini sikit aduuuhh.....kita siap pi mintak tambah lagi nasi......tak cukup.......berselera......MMG SEDAPPPPP!!! Bayangkan barisan siap 2 lane.......panjang giler.......setakat ni dok pi makan kat situ tak pernah lane dia pendek2.....sumer panjang berjela........sori gambar tak de sbb hari hujan........korang pi Kota Bharu cari ler.......

PEBERET SPOT:----

KELANTAN

1.
Nasi Kukus Suriani - hadapan kolej jururawat Hospital Besar Kota Bharu
2. Yati Ayam Percik - Mudah cari kat Medan Selera Kota Bharu
3. Sun Too Restaurant (berdekatan Hotel Temenggong)
4. Restoran Sham (Berek 12)
5. Nasi Kukus Zakini (Berek 12)

dll.....nanti kita update bila kita teringat ya....