Followers

Wednesday, September 2, 2015

JUALAN TIKET TAYANGAN PERDANA "CHOWRASTA"

KHUSUS UNTUK WARGA PERLIS DAN BERDEKATAN

Tayangan Perdana CHOWRASTA lakonan Nora Danish, Dato' Rosyam Nor, Chem Amar, Fauzi Nawawi dan ramai lagi akan diadakan pada 9 dan 10hb September 2015 bertempat di UiTM Perlis.  Filem ini akan ditayangkan kepada umum mulai 03 Disember 2015.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pihak kami, Nina (0194242226) atau Fairuz (0174939366) untuk mendapatkan tiket bernilai RM10.

Nora Danish, Dato' Rosyam Nor, Chem Amar dan Fauzi Nawawi antara selebriti yang terlibat yg akan turun bersama2 menonton tayangan perdana tersebut nanti.

Cabutan Bertuah berupa IPHONE 6





Tuesday, September 1, 2015

BILIK BAKERI : Citer Hari Minggu Dari Bilik Kek


 MU Theme Cupcake
Tempahan Customer di Behor Mali


Kek Sheriff Kelly
Tempahan orang Changlun


Doorgift Vanila ngan Choc
 

KEBUN KU : SIAP MENGEMASKAN KEBUN!!


Rasanya ada 5% lagi x selesai....tanah 1 ela dah ulang usung utk ratakan tinggi rendah tanah, bata 500 biji siap susun mana yg patut, pokok dah siap masuk dlm kandang masing2.....tinggal nak beli tanah hitam utk bagi tinggi sikit tmpt tanam pokok....tp semalam sumer nursery tutup le pulak....stop le kejap kerja....hasil kerja keras nak buat kebun sekangkang semut ini rasanya dpt le tangan kasar ngan bina muscle huahuahua....patut le tukang urut selalu ckp bahu gue ini keras gituh...selalu angkat berat...tp penatnya tuhan aje yang tahu...tak terkata....tp sebab fikirkan tak mahu selerakkan kawasan depan rumah nanti jiran marah, maka paksa diri 3 hari berturut2 bekerja keras siapkan semua kerja.

Jemput le cuci mata di kebun sekangkang semut hamba.....terasa seperti dah tak cukup tanah tp rasanya masih banyak pokok yang belum ada dalam simpanan.  Sekarang semua pokok terpaksa le berhimpit2 mencari ruang, share sedikit seorang sahaja.


Dlm petak : Pudina, Pegaga, Daun Kunyit, Pandan Biasa, Pandan Wangi, Pepangi, Lemak Ketam, Temu Pauh

Koridor atas ada cekur hitam, cekur hijau, cekur batik, bangun2, belalai gajah, beluntas, kemangi hitam, kemangi hijau, kesum, kaduk, stevia, kunyit merah, temu pauh, ginseng jawa,


Petak atas : Cemumar Hijau, Cemumar Hitam, Serai, Mulberry, Turi, Kesum, Pucuk Midin, Patah-Patah...yg bertudung tu petak sayuran bersama pokok durian belanda, mempelam telur, mempelam harum manis


Kiri ke kanan : Kacip Fatimah, Belimbing Tanah, Jintan Hitam, Cekur Batik, Lengkuas. Depan: Akar Dani, Gajus


Ruang yang masih tak kemas.....tp by semalam sumer dah selesai dikemaskan.

Kiri ke kanan: Capa Sembong, Asin-Asin, Susu Beruang Merah, Bunga Kantan, Kacip Fatimah

Dalam proses nak tanam cuma pokok Derhaka Mertua...yg tunggu stok sampai cuma serai wangi, serai acheh, halia bentong, tebu telur, tebu hitam, ubi kayu....alamak....mana nak letak kikiki....masih berhajat nak dapatkan pokok salam, mata itik, serai kayu, tenggek burung.....tp rasanya kena cari pasu besar if nak tanam yg tu.....space tanah dah tak mengizinkan pokok besar2 ditanam atas tanah lagi....

Berkebun betul2 ambik masa....lagi2 menyemai dr anak benih....ada yang kuar, ada yang tidur terus.....tak tahu nak kuar ke tidak...apa pun memadai le apa yang menjadi setakat ini.....ada yang dah alih ke batas di bawah....yg ni sumer tak berani nak letak kat bawah, semua saya semai di koridor atas......jadi selamat le dari en2 siput.....

  

Ni anak arugula ngan tomato ceri...

  

Ini timun batang dengan kacang renek...

  

Kacang Buncis dengan butternut squash


  

Cili Jambak ngan Cili Solok...


Bendi

 

Testing teknik hidroponik.....bayam, salad, sawi sumer dah naik, ketumbar je tak naik2 gak....


   

Semaian baru....ini semua jenis2 sayur bukan tempatan so tak tahu leh naik elok ke tidak....tawakal sahaja le...

Banyak lagi sayuran lagi seperti bunching onion, carrot mini, lettuce yang dah kuar tp masih terlalu kecil n sangat fragile....


Ini adalah anak bunga safflower.....bunga safflower adalah cheaper version pengganti saffron yang merupakan sejenis bunga pewarna termahal di dunia.  Saya dapat percuma anak benih ini semasa pembelian benih dari China.  Di bawah ini le rupa bunganya.  Harap2 membesar bagai johan.



Saturday, August 29, 2015

SEKETIKA DI RIMBA HERBA, PERLIS

Hari minggu bawa anak2 ke taman herba....sepanjang 13 tahun tinggal di Perlis tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke sini.....alhamdulillah anak2 suka melihat pokok2 dan meninjau hutan yang segar mata memandang.  Tak rugi mengenal pokok2 herba ini dengan 1001 khasiatnya yang ada.  Saya sempat rembat hampir 16 pokok herba, itu pun di hati masih banyak lagi yang teringin untuk ditanam.  Kita tengok sebahagian yang ada.....

 
 
  

  


   

  

  

  

  

  

  

  

  




Friday, August 28, 2015

KEBUN KU : PLANT BOOSTER (PENGGALAK TANAMAN)


Citernya ni plant booster, yang mesti digunakan bersama dengan baja untuk lebih efisien.  Sejauh mana keberkesanannya tidak le dapat dipastikan sebab baru je lepas peram, baru je sekali digunakan.  Resipi nak menyediakan plant booster ni boleh tahan le gak rumit (sebab guna banyak bahan) n kena peram sekurang-kurangnya seminggu.  Maybe boleh le cuba untuk tengok sejauh mana keberkesanannya.....tp kena le sabar untuk satu tempoh masa yang tidak dapat le dikenalpasti lagi.

Untuk bahan2nya saya guna bahan2 almost expired, saya beli dari rak barang2 expired di Tesco jadi semuanya boleh didapati pada separuh harga n kadang2 lebih murah.  Kecuali nenas, yg lain semuanya dah hampir2 rosak.  Gula merah dengan belacan dapat free dari seorang kawan en suami yang bercuti ke Melaka baru2 ini.

Plant Booster
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Bahan-bahan

Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air

Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebih kurang 2 mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.


1. Campur bahan A (yang dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Pastikan bekas yg digunakan tidak p enuh. Perlu ada sekurang-kurangnya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman.

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja begitu (jangan usik usik).

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.

6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, sebab proses menapis sangat menguji kesabaran.  BPT ni agak pekat dan sedikit berlendir.


** Lupa nak update psl semburan racun organik tu....ini le rupanya bila jenguk petang tadi, dah keras kejung....tp try le gak dekat ulat yang suka duduk bergulung dalam daun kunyit yg jenis besar2, nampak cam liat je nak mampus......rasanya kena try banyak kali......setakat biar sejam tu masih nampak tak berganjak.....sedap pulak tengok dia gerak ke sana sini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...